CYBERTROOPER PH AKAN DIGAJIKAN SEMULA UNTUK LANCAR FITNAH BAGI MENGEKANG KEBANGKITAN NAJIB


24 FEB 2018 - Dato' Seri Najib Razak hari ini mengingatkan rakyat Malaysia agar berhati-hati akan propaganda dan fitnah jahat yang bakal tersebar luas di alam maya berikutan kenyataan oleh pimpinan DAP pada minggu lepas.

Bekas Perdana Menteri itu mengeluarkan kenyataan tersebut di laman facebook beliau dan menjangkakan Kerajaan PH akan mengikut telunjuk parti kompenennya DAP bagi merancang sesuatu propaganda fitnah yang besar bagi mengekang kembangkitan Najib seperti mana yang pernah dilakukan semasa menghadapi PRU ke 14.

Sebelum ini hasil propaganda dan fitnah yang dilakukan DAP telah berjaya memperdayakan Rakyat Malaysia dan sekaligus menumbangkan kerajaan Barisan Nasional di bawah kepimpinan Najib Razak.



" Saya baca beberapa laporan dan kenyataan dari pemimpin DAP yang dikeluarkan minggu lepas oleh pemimpin-pemimpin DAP. 

Ong Kian Ming yang kini Timbalan Menteri MITI telah mengesahkan bahawa DAP mempunyai kakitangan yang dia gelar sebagai penyebar propaganda atau Operatif propaganda (political operatives) yang arif dalam mencipta propaganda yang sangat efektif untuk membentuk serta mempengaruhi persepsi rakyat.


Ong juga mengesahkan bahawa ramai dari operatif-operatif mereka dahulu sudah tidak aktif setelah PH menang PRU14 dan telah diberi dedak, ganjaran dan jawatan yang lumayan serta selesa di dalam kerajaan PH. 

Rata-rata pemimpin DAP telah beberapa kali meluahkan kebimbangan mereka terhadap saya yang aktif membentang fakta. Liew Chin Tong yang kini Timbalan Menteri Pertahanan adalah antara mereka yang menyeru kerajaan PH dan DAP untuk menggandakan usaha propaganda media sosial mereka untuk menyerang saya. 

Kenyataan-kenyataan dari pemimpin DAP sendiri ini telah sekaligus membuktikan bahawa penafiab DAP sebelum ini kononnya mereka tidak ada cybertrooper atau pasukan propaganda ialah satu pembohongan. Ini bukan tuduhan dari sesiapa tetapi pengakuan dari pemimpin-pemimpin DAP sendiri. 



Maka selepas ini, ramai lagi "operatif-operatif" propaganda dan cybertrooper-cybertrooper dari DAP serta sekutunya seperti dari Amanah akan di aktifkan semula untuk menyerang saya secara peribadi dan menyerang usaha saya untuk menjelaskan isu-isu semasa kepada Rakyat. 

Saya juga diberitahu ramai cybertrooper ini akan menyamar sebagai orang Melayu dengan menggunakan akaun FB yang didaftar dengan nama orang Melayu. Antara petunjuk kewujudan mereka ini ialah tidak mempunyai rakan FB dan baru didaftar. 

Kita juga perlu banyak bersabar jika nampak akaun-akaun ini kerana kita tahu mereka hanya menjalankan tugas mereka di atas arahan dari DAP, iaitu menyebar propaganda dan mencetus kebencian." Ujar Najib

#sharejikasayangkanbangsa #sampaikanperingatan #islammemimpin

Ulasan

Catatan Popular