UNCLE KENTANG BERTANDING PRK SEMENYIH


5 FEB 2019 Puchong - Siapa yang tidak kenal dengan Uncle Kentang. Insan yang banyak menyumbang jasa ini. Beliau juga adalah Presiden Persatuan Kepolisan Masyarakat Malaysia (CP) yang nama sebenarnya Kuan Chee Heng. Uncle Kentang telah mengumumkan akan bertanding sebagai calon bebas pada PRK Dun Semenyih.

Menurutnya, keputusan itu diambil bukan mencari kemenangan semata-mata namun demi anak-anak Semenyih dan akan membuat beberapa inisiatif di Semenyih sama seperti dilaksanakan di kawasan Puchong ketika ini sekiranya dipilih pengundi. 

"Saya lihat anak-anak Semenyih perlukan perkhidmatan asas seperti Teksi 10 sen, van jenazah dan ambulans memandangkan kawasan itu terletak agak jauh dari Hospital Kajang.

Ketika ini Semenyih tidak ada bas yang terus dari kawasan kampung ke hospital. Saya rasa kita perlu bantu penduduk Semenyih," katanya ketika ditemui pada sambutan Tahun Bam Cha di kediamannya di sini, hari ini.

Chee Heng berkata, aku janji di PRK Semenyih akan dibuatnya secara bersumpah sebagai tanda kerjasamanya sebagai calon bebas dan akan menunaikannya jika dipilih sebagai pemenang.

"Tapi, saya tetap akan bantu jika kalah. Cuma, saya sedih kerana kebanyakan calon yang sebelum ini berjanji macam-macam tapi menghilangkan diri selepas PRU dan tidak mengendahkan pengundi.

lni tunjukkan sikap yang palsu kerana hanya akan bertugas sekiranya diberi kemenangan. Saya saran bakal calon tunai janji dan bukan hanya berjanji kosong serta panas," katanya.

Bagaimanapun menurutnya, manifesto tidak akan diberikannya ketika berkempen kerana ia hanya satu janji yang tidak boleh dikuatkuasakan pengundi di mahkamah. 

"Saya berjanji tugas saya adalah untuk mencari akhirat dan bukan kemenangan di Dun Semenyih semata-mata," katanya 

Itulah kenyataan Uncle Kentang sepertimana yang di laporkan Sinar Harian. Hari ini dilaman facebook beliau telah memuat naikkan sepatah dua kata akan apa yang tersirat di hati beliau.

"Aku bertanding BUKAN untuk aku menang. Aku seorang tak penting. Tapi aku nak share dengan YB semua. Aku boleh buat, AKU PUN DAH BUAT...... dan akan aku buat.... jadi calon calon lain perlu lah buat agar yang menang ialah ANAK ANAK SEMENYIH. Aku tak menang tak penting.... penting nya apa yang aku sarankan YB yang menang perlu buat. UNTUNG LAH ANAK ANAK SEMENYIH."  Ujarnya


Ulasan

Catatan Popular