RAFIQ MALU MENTERI PEMBANGUNAN USAHAWAN SIBUK DENGAN KERETA TERBANG


4 MAC 2019, Melaka - Datuk Mohd Rafiq Naizamohideen berasa malu dan kecewa dengan tindakan Datuk Seri Mohd Redzuan bin Md Yusof  selaku Menteri Pembangunan Usahawan yang kerap berbicara mengenai kereta terbang. 

Menurut Rafiq kereta terbang bukannya isu penting bagi rakyat dan banyak perkara lain yang perlu diutamakan bagi menyelesaikan permasalahan rakyat. 


"Berhentilah cerita pasal kereta terbang, memalukan betul. Keutamaan rakyat sekarang bukan kereta terbang, banyak lagi masalah rakyat perlu kita beri perhatian selain kereta terbang. Jangan syok sendiri." Ujar beliau distatus facebook semalam.


Exco Perindustrian, Perdagangan Dan Pelaburan Negeri Melaka itu telah berjaya menambat hati rakyat Melaka kerana telah berjaya menyediakan sebuah tandas mudah alih yang berwarna warni serta kondusif untuk kemudahan orang awam disekitar Cheng baru baru ini.

Ulasan

Catatan Popular