CORETAN WARKAH EXCO PEMUDA KEPADA SYED SADDIQ
16 FEB 2019 - Fariz hari ini dilaman facebook beliau telah mencoretkan sebuah warkah kepada Ketua ARMADA Parti Pribumi Bersatu Malaysia, Syed Saddiq bin Syed Abdul Rahman. Mohd Fariz bin Abd Hadi yang menyandang jawatan Exco Pemuda UMNO Malaysia telah mencoretkan warkah tersebut ekoran daripada insiden kekecohan yang berlaku sewaktu penamaan calon PRK N24 Dun Sememyih hari ini.
"Warkah buat Syed Saddiq Syed Abdul Rahman
BEZA HARIMAU DENGAN TIKUS
Buat YB Syed Saddiq Menteri Belia dan Sukan, Mungkin kadangkala tindakan kami agak melampau dan luar kawalan. Mungkin kerana kami anak jantan. Mungkin kami berdarah pahlawan. Kerana itu jangan sesakali cabar kami. Jangan sesekali bodohkan kami yang mewakili rakyat terutamanya Bangsa Melayu.
PRU 14, terbukti kegagalan Pakatan Harapan dalam menunaikan janji langit dan bintang dalam manifesto Pakatan Harapan. Rakyat sudah berikan kepercayaan kepada anda dan kepercayaan itu telah dicabul. Akibatnya rakyat telah terpedaya dengan janji Palsu Pakatan Harapan. Jelas Pakatan Harapan menang dengan penipuan dan fitnah.
Lebih menyakiti kami, selepas PRU14 bukan sahaja manifesto tidak berjaya ditunaikan. Malah agama Islam dipermainkan. Institusi raja diperkotak-katikkan. Bangsa Melayu dipandang rendah oleh pemimpin Pakatan Harapan. Ekonomi negara makin menjunam teruk. Rakyat makin susah tanpa pembelaan.
Apa yang kamu buat wahai Menteri sebagai mewakili orang muda? Apa pembelaan kamu sebagai orang Islam kepada umat Islam. Buat Syed Saddiq, Kamu diam membisu isu Salib di Pulau Pinang. Kamu diam membisu isu Allahyarham Adib yang tiada pembelaan. Kamu diam membisu soal perumahan anak muda.
Kamu diam membisu soal anak muda yang tiada pekerjaan. Kamu diam membisu isu Felda yang ditipu. Kamu diam membisu isu PTPTN. Kamu diam membisu isu AES. Kamu diam membisu masalah ekonomi anak muda. Jelas, rata-ratanya yang melibatkan isu Agama Islam & Bangsa Melayu. Kamu diam membisu.
Lebih menggusarkan kamu mengangkat pula martabat golongan LGBT. Pernah tak kamu mintak maaf pada orang Muda? Pada rakyat? Pada Umat Islam dan Bangsa Melayu? Pagi tadi kamu sengaja buat provokasi masuk ke kawasan kami. Kamu sengaja masuk ke kandang harimau. Fitrah HARIMAU nampak TIKUS pasti akan dikejar.
UMNO tidak melahirkan pondan. Apatah lagi Talibarut DAP. Kami mendidik pejuang untuk menjadi pahlawan. Kerana itu bro. Jangan cuba cabar kami. Jangan dikejutkan Harimau yang sedang tidur..."
-Fariz Hadi-
Exco Pemuda UMNO Malaysia
#BangkitKembali #PemudaTerasKebangkitan
Dearest Esteems,
BalasPadamWe are Offering best Global Financial Service rendered to the general public with maximum satisfaction,maximum risk free. Do not miss this opportunity. Join the most trusted financial institution and secure a legitimate financial empowerment to add meaning to your life/business.
Contact Dr. James Eric Firm via
Email: fastloanoffer34@gmail.com
urgentloanoffer22.blogspot.com/
Whatsapp +918929509036
Best Regards,
Dr. James Eric.
Executive Investment
Consultant./Mediator/Facilitator