Tiga Lelaki Menyamar Polis Ditahan Selepas Cuba Samun Remaja
KUALA LUMPUR, 22 Sept – Tiga lelaki ditahan polis awal pagi tadi selepas
dipercayai terlibat dalam kejadian samun dengan menggunakan pistol tiruan sambil
menyamar sebagai anggota polis. Menurut Ketua Polis Daerah Brickfields, ACP Hoo
Chang Hook, kejadian berlaku kira-kira jam 3.30 pagi apabila pasukan rondaan
bermotosikal dari Balai Polis Pantai ternampak empat lelaki dalam keadaan
mencurigakan di Jalan Kampung Pasir, Pantai Dalam. Siasatan awal mendapati
suspek telah mengugut seorang remaja berusia 17 tahun dengan mengacukan sepucuk
pistol dan merampas telefon bimbit, dompet serta kad pengenalan mangsa. Cubaan
mereka untuk melarikan diri dengan motosikal bagaimanapun gagal apabila anggota
polis bertindak pantas menahan ketiga-tiga suspek. Polis turut merampas pistol
berbentuk pemetik api serta beberapa barangan peribadi milik mangsa.
Ulasan
Catat Ulasan