AKU BUKAN TIKUS UJAR UNCLE KENTANG


24 JANUARI 2019 - PRESIDEN Persatuan Kepolisan Komuniti Malaysia, Kuan Chee Hen yang juga dikenali sebagai Uncle Kentang di akaun facebooknya telah meluahkan rasa tidak puas hati terhadap seorang pemimpin Pakatan Harapan yang menegur beliau agar tidak lantang bersuara dalam mengkritik kelemahan kerajaan dan akan dijanjikan dengan dikurniakan gelaran sekiranya beliau berbuat demikian.

"BIAR PI.....AKU BUKAN TIKUS..... BATU NISAN 2 BATANG WALAUPUN KAU GELARAN TINGGI TIGGI ATAU APA APA. Aku di tegur oleh seorang pemimpin politik kerajaan baru untuk jangan lantang bersuara dan diam dan kemungkinan saya akan dapat di tawarkan gelaran atau pun jawatan dalam mana mana entah apa apa kedudukan ATAU DAPAT GELARAN. 

Aku kata. Mati itu batu nisan 2 . Kalau ada Dato, Tan Sri, Tun, pun tetap batu nisan 2. Gelaran dunia . anugerah dunia sementara saja. Yang kekal dalam tanah. So brother, sorry, I tak harap dapat gelaran. Kalau Sultan mau bagi saya akan terima. Tapi terima gelaran melalui orang Politik. AKAN SAYA TOLAK. TAK AKAN SAYA TERIMA. BECAUSE HANYA TUANKU SAHAJA YANG LAYAK BERI ANUGERAH. Bukan orang politik tepi jalan yang hidup sendiri pun tak betul. I am what I am. SORRY BROTHER, AKU BUKAN TIKUS, AKU AH KUAN."

Uncle Kentang  sebelum ini telah mendapat perhatian dari netizen kerana dengan sifat keperihatinannya dalam membantu golongan yang memerlukan.


Beliau telah mewujudkan khidmat kemudahan ambulan, teksi dan jualan barang dengan hanya mengenakan harga 10 sen bagi membantu golongan tidak berkemampuan. Beliau juga menawarkan khidmat van jenazah percuma untuk golongan yang tidak berkemampuan. 

Beliau juga telah mengambil inisiatif untuk membantu mereka yang kelaparan dan susah di kawasan Puchong dan menyediakan rumah penginapan RM 1 bagi mereka yang mempunyai ahli keluarga yang terlantar di hospital. Mereka yang memerlukan bantuan hanya perlu menghubungi beliau di 03 27181783. 






Ulasan

Catatan Popular