KERAJAAN BERTEGAS TIDAK MEMBENARKAN ATLET ISRAEL MEMASUKI MALAYSIA


PUTRAJAYA - Kerajaan Malaysia kekal dengan pendirian untuk tidak membenarkan atlet Israel untuk memasuki negara untuk bertanding pada Kejuaraan Renang Para Dunia 2019 di Kuching Sarawak. Kejuaraan renang tersebut akan berlangsung pada 29 Julai hingga Ogos 2019.

"Kita tetap tidak membenarkan. Kalau mereka datang merupakan sebuah kesalahan," 

“Jika mereka mahu menarik semula hak penganjuran kejohanan itu dari Malaysia sekali pun, mereka boleh berbuat demikian,” katanya pada sidang media selepas mempengerusikan Mesyuarat Jawatankuasa Khas Kabinet Mengenai Antirasuah (JKKMAR) 1/2019 di Putrajaya.

Beliau berkata demikian mengulas tindakan Malaysia yang tidak membenarkan atlet Israel menyertai kejohanan itu yang mengundang bantahan Jawatankuasa Olimpik Israel yang memberi tekanan berterusan kepada penganjur agar atlet mereka diberikan visa. 

Ini memandangkan kejohanan itu dikatakan sebagai platform penting bagi kelayakan ke Sukan Paralimpik Tokyo 2020. 

Majlis Paralimpik Malaysia (MPM) selaku penganjur kejohanan berkenaan turut dilaporkan berdepan situasi ‘ditelan mati emak, diluah mati bapa’ ekoran larangan terhadap atlet Israel daripada menyertai pertandingan itu. 

Timbalan Menteri Belia dan Sukan Steven Sim Chee Keong dilaporkan berkata, Malaysia tidak akan membenarkan atlet renang paralimpik Israel memasuki negara ini bagi menyertai Kejohanan Renang Para Dunia 2019 yang dijadualkan berlangsung di Sarawak, Julai ini. Beliau dipetik berkata, ini disebabkan Malaysia mempunyai dasar luar negara yang amat jelas terhadap Israel. “Justeru, kerajaan akan tetap mengambil pendirian yang paling tegas dalam isu ini sebagai membantah pendudukan dan penindasan berterusan ke atas rakyat Palestin,” katanya.




Ulasan