DOA LANGSAI HUTANG MESKIPUN SETINGGI GUNUNG


Di zaman kini rata-rata masyarakat kita mempunyai hutang sama ada untuk keperluan asas mahupun untuk keperluan hawa nafsu. Ada diantaranya telah pun terjebak dengan hutang sehingga gagal untuk keluar dari belenggu hutang.

Junjungan besar Rasulullah s.a.w telah meninggalkan amalan doa bagi umatnya yang terbelenggu dengan hutang dan sekiranya diamalkan dengan yakin akan terkabulnya doanya dan istiqamah serta berusaha inshaallah hutang sebanyak manapun meskipun setinggi gunung akan dapat dilunaskan dengan izin Allah tuhan pemilik alam ini.

Dari Ali radiallahuanhu, ada seorang budak yang berjanji pada tuannya ingin memerdekakan diri dengan syarat melunasi pembayaran tertentu mendatanginya, dia berkata :

“Aku tidak mampu melunaskan untukmemerdekakan diriku.” 

Ali pun berkata : 

“Mahukah aku beritahukan padamu beberapa kalimat yang Rasulullah shallallahu ‘alaihi wa sallam telah mengajarkannya padaku iaitu seandainya engkau memiliki hutang sepenuh gunung, maka Allah akan memudahkanmu untuk melunaskannya. Ucapkanlah doa :

اللَّهُمَّ اكْفِنِى بِحَلاَلِكَ عَنْ حَرَامِكَ وَأَغْنِنِى بِفَضْلِكَ عَمَّنْ سِوَاكَ

 “Allahumak-finii bi halaalika ‘an ha.roomik, wa agh-niniy bi fadhlika ‘amman siwaak” 

Ya Allah cukupkanlah aku dengan yang halal dan jauhkanlah aku dari yang haram, dan cukupkanlah aku dengan kurnia-Mu dari bergantung pada selain-Mu

(HR. Tirmidzi no. 3563, hasan menurut At-Tirmidzi, begitu pula hasan kata Syaikh Al Albani) 

Doa ini boleh diamalkan dan dibaca pada bila bila masa, namun disarankan untuk dibaca dalam solat ketika selesai bacaan tasyahud akhir sebelum salam berdasarkan hadith ini.

Dari Abu Umamah Radhiyallahu anhuma bahawa Rasûlullâh Shallallahu ‘alaihi wa sallam pernah ditanya: 

 أَيُّ الدُّعَاءِ أَسْمَعُ ؟ قَالَ جَوْفَ اللَّيْلِ الآخِرِ وَدُبُرَ الصَّلَوَاتِ الْمَكْتُوْبَاتِ 

Do’a apakah yang paling didengar (dikabulkan oleh Allâh Azza wa Jalla )? Beliau Shallallahu ‘alaihi wa sallam bersabda: “(Do’a) di tengah malam (akhir malam) dan di ujung (akhir) solat-solat (lima waktu) yang wajib.

(HR. At-Tirmidzi, no. 9936 dan an-Nasa-i , 6/32. Hadits ini dinyatakan hasan oleh Imam at-Tirmidzi dan Syaikh al-Albani) 

Untuk lafaz bacaan bagi versi video boleh tonton  video dibawah dan download sebagai rujukan harian.




Ulasan