MAKAN AYAM GORENG SETIAP MINGGU PUNCA MATI AWAL
Bagaimana anda inginkan usia kematian anda: Biasa, atau lebih awal?
Satu kajian baru berkenaan pola pemakanan individu yang mengkonsumsi ayam goreng sebanyak 1 hidangan seminggu mampu meningkatkan risiko kematian awal sebanyak 13 peratus lebih lebih lagi pada golongan wanita yang sudah tua.
Hasil kajian ini diperoleh daripada para penyelidik yang membuat pemerhatian terhadap 107,000 wanita yang telah meningal dunia. Wanita-wanita tersebut telah merekodkan diet pemakanan mereka bermula pada tahun 1990 sehingga 2017 bagi tujuan pendidikan diseluruh negara. Namun risiko kematian awal ini juga berkemungkinan boleh juga terjadi pada golongan lain.
"Kami tidak mempunyai sebab mengapa kesannya mungkin berbeza mengikut umur, atau bahkan mengikut jantina," kata Dr. Wei Bao, ahli epidemiologi University of Iowa yang bersama-sama menyelia kajian itu, ujar Time.
Sebagai contoh, kajian mendapati bahawa wanita tua dengan tabiat mengkonsumsi ayam goreng secara mingguan mempunyai peluang 12 peratus lebih tinggi risiko kematian berkaitan dengan jantung.
Kajian ini diterbitkan Rabu dalam jurnal perubatan BMJ.
Ulasan
Catat Ulasan