PEROKOK MEROKOK DITANDAS AKAN DIBURU



IPOH 26 Jan 2019. - Pemasangan alat pengesan asap di tandas awam milik pihak berkuasa tempatan (PBT) mungkin antara me­kanisme yang boleh diguna­kan untuk mengatasi tabiat pero­kok yang gemar merokok di dalam tandas. 

Timbalan Menterinya, Datuk Raja Kamarul Bahrin Shah Raja Ahmad Baharuddin Shah berkata, antara kaedah yang mungkin sesuai adalah de­ngan melaksanakan pemasangan alat pengesan asap di tandas awam milik Pihak Berkuasa Tempatan (PBT).

“Untuk melaksanakan­nya (pengesan asap) mung­kin memerlukan kos yang­ tinggi dan mengambil masa kerana perlu menaik taraf banyak tandas dengan pengesan asap,” katanya kepada pembe­rita selepas merasmikan 

OPEN SERVISE KUANTAN 0147935944
Sambutan Hari Tandas Sedunia Peringkat Kebangsaan 2019 dan melancarkan aplikasi berkenaan di Stadium Indera Mulia di sini semalam.    
Beliau berkata demikian apabila diminta mengulas mengenai tandas yang menjadi tumpuan perokok selepas larangan merokok diperkenalkan di premis makanan mulai tahun ini. Selain itu, katanya mungkin kempen keseda­ran boleh dilakukan bagi mengurangkan perokok yang menjadikan tandas sebagai lokasi untuk mereka merokok. – Bernama  


Ulasan

Catatan Popular