REZEKI TIDAK DIDUGA PENDUDUK KAMPUNG MENIMBA JUTAAN WANG DIDALAM SUNGAI


TANJUNGSARI, JAWA BARAT- Penduduk kampung telah dihebohkan dengan wang kertas yang bernilai minimum seratus ribu di dalam sungai yang berhampiran. Jesturu mendengar khabar yang menerujakan itu pada Jumaat petang 18 Januari 2019,  warga sekitar tidak melepaskan peluang beramai-ramai untuk mendapat rezeki yang tidak diduga tersebut.

Menurut warga tempatan kononnya wang bernilai jutaan rupiah beserta emas seperti kalung rantai dan gelang telah dibuang di sungai tersebut. Rata-rata warga yang menimba wang didalam sungai itu berjaya menjumpai wang sebanyak 200 ribu hingga 1 juta.


Dilaporkan bahawa lelaki yang membuang wang didalam sungai tersebut berkemungkinan mengalami masalah mental. Situasi di sungai tersebut kelihatan seakan sebuah pesta mendulang emas.







Ulasan

Catatan Popular