GARA GARA MASAK SUP TAKSEDAP LELAKI KAKI BOTOL INI MEMENGGAL KEPALA TEMAN WANITANYA


KOZLOVKA RUSSIA: Seorang lelaki memenggal kepala teman wanitanya yang dipercayai hanya disebabkan  sup kobis yang dimasak teman wanitanya tidak sedap, menurut polis Russia. Polis Russia menemui mayat seorang wanita 47 tahun yang putus bahagian kepala di wilayah Smolensk. 

Bagaimanapun, identiti mangsa tidak didedahkan. Perkembangan itu adalah kes pembunuhan kedua membabitkan masakan di Russia, dalam tempoh seminggu. Sebelum ini, seorang lelaki di negara itu mati ditikam isteri, selepas menyuarakan masakan tidak sedap. 



Teman lelaki mangsa yang berusia 43 tahun ditahan di rumah pasangan itu di kampung Kozlovka. “Lelaki itu marah kerana isterinya masa sup kobis Shchi tidak sedap,” menurut Readovka News memetik sumber pihak berkuasa. Siasatan jenayah sudah dilancarkan terhadap kes ini mengikut bahagian satu artikel 105 kanun acara jenayah Russia iaitu membunuh dengan sengaja. 

Penduduk tempatan berkata, lelaki itu hilang pekerjaan baru-baru ini dan terjebak dengan tabiat minum arak. “Sebelum ini, dia tidak pernah mempunyai tingkah laku buruk dan tiada siapa perasan kelakuan agresifnya,” menurut laporan tempatan. Katanya, lelaki itu cuba tetapi gagal membunuh diri, selepas membunuh pasangannya. - Agensi/ DailyMail  

Didalam Agama Islam sememangnya arak diharamkan kerana arak menghilangkan fungsi akal yang akan menyebabkan perkara perkara seperti ini berlaku. Arak adalah punca segala kejahatan seperti mana sabda Rasulullah s.a.w :

اَلْخَمْرُ أُمُّ الْخَبَائِثِ، فَمَنْ شَرِبَهَا لَمْ تُقْبَلْ صَلاَتُهُ أَرْبَعِيْنَ يَوْمًا، فَإِنْ مَاتَ وَهِيَ فِيْ بَطْنِهِ مَاتَ مِيْتَةً جَاهِلِيَّةً

“Arak adalah induk dari segala kejahatan, barangsiapa meminumnya, maka solatnya tidak diterima selama 40 hari, apabila dia mati sementara ada arak di dalam perutnya, maka ia mati sebagaimana matinya orang Jahiliyyah.” 

(Hadith Hasan didalam Shahiih al-Jaami’ish Shaghiir no. 3344)


Ulasan