EXCO MENYAMAR SEBAGAI RAKYAT BIASA DAFTAR ANAK SEKOLAH, APA YANG BERLAKU AMAT MEMERANJATKAN.
Melaka - Exco Kerja Raya, Pengangkutan & Kemudahan Awam Negeri Melaka, YB Mohd Sofi bin Abdul Wahab hari ini didalam laman facebooknya menemplak sikap kakitangan di Sekolah Menengah Bukit Katil kerana tidak efisyen. Beliau ke SMK Bukit Katil atas tujuan untuk mendaftarkan anak beliau disekolah tersebut namun mengambil masa lebih kurang 1 jam untuk menunggu dan tiada kakitangan yang ingin menguruskannya.
"Sudah lebih 1 jam menunggu untuk urusan anak saya mendaftarkan di SMK Bukit Katil. Tiada yang tolong uruskan. Tuan yang jaga kaunter suruh tunggu .......agak-agak kalau saya perkenalkan diri kena tunggu lama macam ini ke. Moga urusan-urusan di semua jabatan lebih efisyen dan mantap ....
"
Rata rata netizen memuji beliau kerana tidak menggunakan status beliau dalam berurusan di pejabat kerajaan dan mengecam pihak sekolah yang gagal dalam menguruskan perkara tersebut.
"Macam nilah keadaan yang rakyat hadapi untuk berurusan dekat pejabat kerajaan.." luahan salah seorang netizen di facebook beliau.
Semoga lebih ramai lagi YB yang turun kepadang dan merasa nadi rakyat untuk mengetahui bagaimana rasanya berurusan di pejabat kerajaan.

Ulasan
Catat Ulasan