KPDNHEP MENGAMBIL TINDAKAN DIATAS ADUAN NAJIB RAZAK

Najib ketika melakukan tinjauan di Pasar Datuk Keramat, Kuala Lumpur, pagi tadi.

KUALA LUMPUR: Pegawai penguat kuasa Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna (KPDNHEP) segera turun padang ke Pasar Datuk Keramat, di sini bagi membuat pemeriksaan terhadap aduan harga telur dibuat bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak, pagi tadi.

Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna, Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail, menerusi Twitter, berkata pegawainya bertindak membuat pemeriksaan selepas aduan dilaporkan.
“Berkenaan aduan harga telur di pasar Datuk Keramat yang dibuat oleh @NajibRazak, pegawai penguat kuasa KPDNHEP telah turun periksa.

 “Kami siasat semua aduan walau siapa pun pengadu sama ada mantan Perdana Menteri atau pengguna lain. “Pegawai penguat kuasa sentiasa di lapangan memantau harga, bagaimanapun laporan penuh akan dibuat esok,” katanya. Awal pagi tadi Najib membuat tinjauan rambang di pasar berkenaan selama satu jam selepas menerima aduan kenaikan harga barang. Beliau berpendapat isu ini berbangkit ekoran bantuan kepada rakyat yang dikurangkan, sekali gus menjejaskan ekonomi kehidupan seharian. 

SUMBER : Berita Harian Online


Ulasan