JENTERA PH KANTOI RASUAH PENGUNDI PRK CAMERON HIGHLANDS?
SABTU 26 JANUARI 2019 - Sepandai-pandai tupai melompat akhirnya jatuh ke tanah juga, itulah peribahasa yang boleh digunakan kepada jentera pilihan raya PH sewaktu kempen di malam Pilihan Raya Kecil (PRK) P078 Parlimen Cameron Highlands apabila aktiviti mereka berjaya dihidu oleh Skuad Pergerakan Umno malam tadi. Aktiviti tidak bermoral ini telah menjadi tular di laman facebook yang dimuat naik kan oleh Dr Asyraf Wajdi Dusuki di akaun facebook beliau.
"Nampaknya malam terakhir jentera Pakatan Harapan diambil gambar sedang mengagihkan hamper kepada pengundi Orang Asli di sekitar Kg Terisu. Gambar telah berjaya dirakamkan oleh skuad Pergerakan Pemuda UMNO yang ditempatkan di seluruh kampung-kampung orang Asli kerana kami sudah menjangkakan akan berlaku gejala rasuah politik seperti ini di saat-saat akhir menjelang hari pembuangan undi esok. Mohon semua dapat viralkan." Ujar Asyraf
Status Asyraf ini telah menarik perhatian Najib Razak yang juga tidak henti-henti membuat troll keatas kerajaan PH sehinggakan pemimpin PH tidak senang duduk. Najib juga telah berkongsi gambar tersebut difacebook beliau sambil meyindir kerajaan PH.
"Senyap-senyap hantar hamper Tahun Baru Cina kepada Orang Asli pada tengah malam ke? Dulu batal kemenangan calon kita kerana dakwa kita rasuah pengundi. Jangan nanti jika DAP menang, PRK batal juga. Kena buat PRK sekali lagi dan saya perlu ke sana lagi untuk beli strawberi." Ujar Najib
Ulasan
Catat Ulasan