HUTANG NEGARA 1 TRILLION CUBA CARI DIMANAKAH MALAYSIA


KUALA LUMPUR 30 Jan 2019 - Bekas Perdana Menteri, Datuk Deri Najib Tun Razak hari ini meminta rakyat mencari kedudukan Malaysia dalam carta Hutang Kerajaan berbanding KDNK (Keluaran Dalam Negara Kasar) yang dikeluarkan oleh Forum Ekonomi Dunia (WEF) Carta yang dikongsi WEF di Twitternya itu menunjukkan perbandingan hutang negara-negara didunia setakat Oktober 2018.  

 Klik disini

"Gambar ini saya ambil dari Twitter World Economic Forum yang dibuat semalam yang menunjukkan perbandingan hutang negara-negara di dunia setakat Oktober 2018. Saudara-saudari dapat cari di mana letaknya Malaysia? "Nota: Nisbah hutang kerajaan berbanding KDNK kita pada akhir tahun 2017 ialah 50.7 peratus. Selepas Pakatan Harapan mengambil alih, hutang negara telah meningkat," kata Najib.  



Dalam carta itu hutang Malaysia berada pada kedudukan 54 peratus. Jepun mempunyai jumlah hutang paling besar iaitu 238 peratus diikuti Greece (182 peratus). Manakala Amerika Syarikat (105 peratus). Jiran terdekat Malaysia, Singapura pula mempunyai kadar nisbah 111 peratus, Thailand (42 peratus) dan Indonesia (29 peratus). Negara paling rendah adalah Brunei (3 peratus), Timur Leste (4 peratus) dan Afghanistan (7 peratus).

SUMBER : UTUSAN ONLINE  


Ulasan

Catatan Popular