NAJIB SELAR KENYATAAN DR. XAVIER AGAR RAKYAT MENGASIHANI KERAJAAN


Khamis 24 Jan 2019 - Datuk Seri Najib Razak hari ini di dalam akaun facebook beliau telah menyelar akan kenyataan Dr. Xavier Jayakumar selaku Menteri Air, Tanah dan Sumber Asli yang menyeru agar rakyat Malaysia menerima akan kenaikan baru tarif air dan mengasihani kerajaan baharu yang memerintah.

"Zaman PH memerintah, rakyat perlu kasihankan kerajaan. Rakyat jangan zalim pada kerajaan. Rakyat tolong tongkatkan kerajaan. Sedikit berbeza dengan zaman BN di mana rakyat dijadikan kroni." Ujar Najib.


Zaman kini semua serba terbalik. Rakyat mengundi Pakatan Harapan untuk kerajaan menjaga kebajikan rakyat namun hal yang berlaku adalah sebaliknya. Diharapkan kerajaan Pakatan Harapan tidak terus berdolak dalih dan menuding jari diatas kos sara hidup yang semakin meningkat dan mencari jalan penyelesaian agar rakyat tidak merasa terbeban.


Ulasan

Catatan Popular