POKOK PETAI MENANGIS DISANGKA AIR UBAT RUPA RUPANYA AIR KENCING SERANGGA


Beberapa hari yang lalu telah tular di media sosial dan di kaca tv akan berita pokok petai yang berusia 30 tahun di Kampung Petani, Sering, Kota Bharu menangis. Pokok tersebut dikatakan mengeluarkan air seperti air hujan renyai sejak Isnin lalu. Fenomena itu berlaku sekitar 8 malam sehingga 6 pagi.

Sangkaan penduduk setempat yang menadah air tersebut dengan kepercayaan bahawa air tersebut boleh menyembuhkan penyakit meleset sama sekali setelah punca fenomena terseput telah diketahui.

Penduduk kampung, Khaidin Razali, berkata, air yang dikeluarkan dari dedaunan petai itu bersifat jernih dan berbau buah petai.

Bukan itu sahaja ada juga yang memanggil pengamal paranormal untuk mengetahui akan kewujudan makhluk ghaib yang dikatakan sebagai punca fenomena itu berlaku.


Seorang pakar kajian serangga Prof Zaidi Md Isa berkata air itu dikeluarkan oleh serangga berkenaan ketika proses mengawan dan lazimnya dikeluarkan oleh riang-riang betina.

Ulasan pakar ini diperolehi berikutan daripada peristiwa yang sama yang telah berlaku beberapa tahun lalu di Kepala Batas. Pengamatan beberapa pihak melalui rakaman kamera mendapati serangga itu mengeluarkan cecair dipercayai air kencing setiap 5 hingga 6 saat.   




Ulasan