ADLY ZAHARI GEMBIRA SEKITAR 30 ORANG HADIR PADA KEMPEN DI SEMENYIH


26 FEB 2019, Semenyih - YAB Tuan Hj Adly bin Zahari hari ini sangat bergermbira kerana telah melaksanakan amanah yang diberi untuk memberikan bantuan dengan berkempen bagi calon PRK Semenyih Muhammad Aiman Zainali (PPBM) semalam. 

Berdasarkan gambar yang dimuat naikkan di facebooknya semalam dianggarkan sekitar 30 orang yang hadir bagi mendengar ucapan beliau. 

Ketua Menteri Melaka yang juga menyandang jawatan Pengerusi Pakatan Harapan Negeri Melaka & Amanah Negeri Melaka itu percaya bahawa warga Semenyih khususnya orang muda akan terus memberikan sokongan terhadap kerajaan PH.


"Selesai kempen di Semenyih malam ini. Anak muda pemimpin hari ini🌹🌹🌹 #undiPH #undiAiman" Ujar Adly.

Dengan jumlah kehadiran yang hadir sudah cukup mengembirakan Adly dan beliau menzahirkan rasa syukur dengan ucapan doa distatus facebook beliau pagi ini.

"Ya Allah Baikkan agama kami, kerana itulah sandaran urusan kami, Baikkan akhirat kami, kerana itulah kampung kembali kami, tempat lari menjauhi kejahatan kami, Jadikanlah kehidupan tempat menambah kebaikan, Jadikanlah kematian tempat istirehat dari kejelekan Ya Allah Sampaikan solawat kepada Nabi Muhammad s.a.w. penutup dan penyempurna para utusan, kepada keluarganya yang baik dan suci serta kepada para sahabatnya."


Ia bagaikan suatu tanda rakyat akan memberikan kepercayaan yang tidak berbelah bagi kepada kerajaan PH untuk merangkul kemenangan di Semenyih.


Ulasan

Catatan Popular