NAJIB SEDIH PENGURANGAN PENJAWAT AWAM IKUT AGENDA DAP


21 FEB 2019 - Dato' Seri Najib Razak hari ini menyatakan rasa sedih beliau di status facebook terhadap apa yang bakal berlaku pada penjawat awam di zaman pemerintahan Malaysia Baharu.

Beliau juga menyatakan bahawa telah acap kali beliau memberi amaran terhadap rakyat Malaysia agar berhati-hati dengan agenda DAP yang kelihatan hanya mendatangkan kemudharatkan terhadap umat Islam khususnya bangsa Melayu.

"Saya pernah beri amaran berulang kali. Berhati-hati dengan pemimpin-pemimpin DAP dan sewaktu dengannya. Hari ini, timbul semula bahawa perkhidmatan awam kita perlu dikecilkan.

Hampir sejuta penjawat awam akan kehilangan kerja jika ikut formula ini. Lepas satu per satu agensi ditutup oleh DAP, lepas ini giliran siapa? RTM ke?"

Berdasarkan penyelidikan Penang Institute didalam kenyataan yang dikeluarkan pada 22 Oktober 2016

'Malaysia mempunyai 1.6 juta penjawat awam, bersamaan 5.5% daripada penduduk negara ini. Menurut badan pemikir itu lagi, Jerman juga mempunyai perkhidmatan awam yang besar tetapi 4.18 juta penjawat awam itu bekerja dalam ekonomi dengan Keluaran Dalam Negara Kasar mencecah AS$3.636 trilion. 

“Menggunakan nisbah KDNK kepada penjawat awam seperti di Jerman, ini bermakna Malaysia, yang mempunyai KDNK AS$375 bilion, hanya perlukan 430,000 penjawat awam,” katanya.'

Kerajaan dibawah Pakatan Harapan dijangka akan menggunakan formula yang telah dicadangkan oleh Penang Institute untuk mengurangkan jumlah penjawat awam pada masa akan datang.

Ulasan

Catatan Popular