DEMI ISLAM PAS AKAN BANTU BN DI PRK SEMENYIH
KOTA BHARU: PAS berjanji akan menggerakkan jentera yang ada bagi memberikan bantuan pada calon Barisan Nasional pada Pilihan Raya Kecil Dewan Undangan Negeri Dun Semenyih yang akan berlangsung tidak lama lagi.
Timbalan Presiden PAS, Datuk Tuan Ibrahim Tuan dalam kenyataannya berkata pihaknya akan melakukan perkara yang sama seperti di PRK Parlimen Cameron Highlands sebelum ini.
Menurutnya jentera parti UMNO dan PAS telah membina kekuatan berdasarkan kesatuan Umat Islam di Malaysia sewaktu UMNO mengumumkan calon pilihan parti keramat tersebut yang turut dihadiri oleh Setiausaha Agung PAS, Datuk
“Malah, pada hari penamaan calon nanti, pimpinan PAS akan diwakili Naib Presiden, Datuk Idris Ahmad dan Datuk Iskandar Abdul Samad serta Takiyuddin.
Saya dan Presiden, Datuk Seri (Abdul) Hadi Awang tidak dapat hadir kerana mempunyai program lain namun yang pasti kita menyokong serta membantu calon BN memandangkan kita tidak bertanding,” katanya selepas Majlis Forum Murabbi Ummah di perkarangan Stadium Sultan Muhammad ke-IV, di sini, lewat malam tadi.
UMNO semalam telah mengumumkan Zakaria bin Hanafi, 58 tahun yang juga pemimpin UMNO tempatan sebagai calon yang dikatakan paling layak dan terbaik untuk ditaruhkan di PRK Dewan Undangan Negeri Semenyih yang berlangsung pada 2 Mac ini.
Pakatan Harapan pula mempertaruhkan anak muda yang merupakan anak jati Semenyih, Muhamad Aiman bin Zainali.
Ahli Parlimen Kubang Kerian itu berkata ketika diminta untuk mengulas lanjut peluang pihak pembangkang untuk merebahkan PH di DUN berkenaan.
"Kehadiran Datuk Seri Najib Razak di Semenyih mendapat sambutan anak muda dan ia adalah tanda perubahan jelas ditunjukkan pengundi. Dengan Senario itu tidak mustahil BN dapat meraih kemenangan walaupun berdepan cabaran sengit. Kita berharap PRK DUN Semenyih berjalan dengan baik,”
Ulasan
Catat Ulasan