INILAH HUKUMAN YANG SEBENAR YANG WAJIB DITERIMA OLEH PENGHINA RASULULLAH
Isu penghinaan terhadap Rasulullah s.a.w sejak kebelakangan ini semakin menjadi-jadi. Tahukah anda fatwa mengenai isu ini telah lama dikeluarkan oleh para ulama Islam?
Berikut adalah ringkasan pendapat ulama terhadap individu yang menghina Rasulullah s.a.w. :
Hukum Menghina Rasulullah SAW
Tidak syak lagi bahawa orang yang menghina Nabi SAW wajib dibunuh, seperti yang difatwakan oleh para ulama sejak sekian lama.
1. Antaranya:
Ada pendapat yang mengatakan wajib dibunuh tanpa perlu diberi peluang untuk bertaubat. Inilah pendapat Ibn al-Qasim.
2. Al-Auza`ie dan Imam Malik berpendapat bahawa pesalah itu dianggap murtad dan perlu diberikan peluang untuk bertaubat. Lihat Tabsirah al-Hukkaam (2/212) oleh Syeikh Ibn Farhun.
3. Begitu juga haram dan dihukum kufur sesiapa yang menghina mana-mana Nabi atau menjatuhkan darjat dan martabat seperti menuduh kejelekan pada tubuh badannya sebagai pincang, limpuh atau kurang ilmunya serta jahil. Lihat al-Fiqh `ala Madzahib al-Arba`ah (5/372) oleh Syeikh Abdurrahman al-Jaziri.
4. Imam Ibn Mundzir telah menukilkan bahawa secara sepakat ulama barangsiapa yang mencela Nabi Muhammad SAW secara nyata maka wajib dibunuh.
5. Abu Bakar al-Farisi yang merupakan salah seorang ulama bermazhab al-Syafie berkata:
“Barangsiapa yang menghina Nabi SAW seperti menuduh beliau secara nyata maka dia dihukum kafir dengan sepakat ulama, sekalipun dia bertaubat tetap tidak akan gugur hukuman bunuh yang telah ditetapkan ke atasnya.”
Lihat kitab Fath al-Baari (12/348) oleh Imam Ibn Hajar al-Asqalani.
6. Imam Ahmad bin Hanbal berkata: “Aku mendengar Abu Abdillah berkata:
“Barangsiapa yang mencerca Nabi SAW atau menjatuhkan maruah Baginda, sama ada orang Islam atau bukan Islam, maka mereka hendaklah dibunuh. Aku berpendapat bahawa dia perlu dibunuh tanpa perlu disuruh untuk bertaubat.”
Lihat al-Sarim al-Maslul `ala Syatim al-Rasul (1/9).
7. Syeikh Taqiuddin al-Subky dalam al-Saif al-Maslul menyebut:
“Siapa yang mencerca Nabi SAW tidak perlu diminta bertaubat dan boleh dibunuh terus.”
8. Al-Qadhi Abu Ya`la pula berkata:
“Barangsiapa yang mencerca Allah (SWT) dan Rasulullah SAW dia sesungguhnya telah kufur sama ada dia menghalalkan (perbuatan itu) atau dia tidak menghalalkan.”
9. Al-Khattabi berkata: “Aku tidak tahu mana-mana ulama Islam yang khilaf mengenai wajibnya membunuh orang yang mencerca Nabi SAW.”
Berdasarkan kenyataan di atas, jelas menunjukkan betapa beratnya hukuman dan balasan kepada mereka yang menghina, mencaci dan menjatuhkan maruah Rasulullah SAW termasuk Nabi-Nabi yang lain. Oleh itu, amat perlu kita berhati-hati daripada mengeluarkan apa-apa kenyataan dan pendapat yang menunjukkan betapa hinanya Rasulullah SAW kerana itu boleh membawa kepada kekufuran dan kemurkaan Allah SWT.
Ulasan
Catat Ulasan