PENJAWAT AWAM AKAN DIKURANGKAN KERANA MEMBEBANKAN NEGARA



KUALA LUMPUR 21 FEB 2019 -  Tun Dr. Mahathir hari ini berpendapat bahawa jumlah penjawat awam yang kini berjumlah 1.7 juta adalah sesuatu jumlah yang sangat besar dan membebankan negara. 

Jumlah ini dikatakan meningkat secara mendadak sejak beliau meninggalkan pentadbiran negara sejak pada tahun 2003.


“Apabila saya letak jawatan jumlah anggota pentadbiran hanya satu juta sahaja sekarang sudah meningkat kepada 1.7 juta, peningkatan sebanyak 700,000 lagi. 

Saya berpendapat bahawa saiz pentadbiran kita itu terlalu besar, sebaliknya dengan menggunakan teknologi maklumat, komputer dan sebagainya kita boleh kurangkan saiz ini,” katanya. 

Beliau berkata demikian dalam sesi soal jawab ketika mengadakan lawatan ke Kementerian Pertahanan di sini hari ini.  

Ulasan

Catatan Popular