FENOMENA BOSSKU DI TESCO SEMENYIH BAKAL TUMBANGKAN PH
13 FEB 2019, Semenyih - Bagaikan seorang artis ternama yang hadir fenomena "malu apa bossku" bakal tamatkan riwayat PH di Semenyih. Warga Semenyih beramai-ramai menyerbu Bekas Perdana Menteri Malaysia Dato' Seri Najib Razak hari ini yang telah singgah di Tesco Semenyih untuk membeli barang keperluan dapur. Beliau telah menyatakan sedemikian dilaman facebooknya beserta dengan live video.
"Tadi pusing-pusing Kuala Lumpur tiba-tiba rasa dahaga. Singgah sekejap Tesco Semenyih beli air dan barang dapur. Perlu permit tak untuk beli air?"
"Saya pergi Tesco Semenyih beli barang dapur saja. Ini kenapa semua ikut saya? 😂" Ujar Najib
Populariti Najib dikatakan semakin melonjak dan semakin mendapat tempat di hati Rakyat Malaysia selepas rakyat dikatakan sudah hilang kepercayaan kepada Kerjaaan PH kerana gagal menunaikan janji PRU ke 14. Rakyat mula sedar akan dakwaan palsu yang telah ditomahkan kepada Najib adalah satu fitnah dan sandiwara politik PH.
Rata-rata warga Semenyih dapat dilihat menyambut kedatangan Najib dengan gembira. Para pengunjung Tesco Semenyih juga tidak melepaskan peluang untuk berswafoto dan bersalaman dengan pemimpin yang dikatakan berjiwat rakyat ini.
Seorang pengunjung di Tesco Semenyih Shahrol Shah sempat menyatakan rasa kagum beliau terhadap sambutan luar biasa warga Semenyih di laman facebook beliau.
"Dari Tesco Semenyih pada saat ini.. Kami berpeluang melihat sendiri fenomena Bossku yang cukup luar biasa. Ini lah kesannya bila mana kerajaan PH tak buat kerja, gagal tunai janji dan tak peduli nasib rakyat. Rakyat mula merindui zaman pemerintahan kerajaan BN. #maluapabossku"
Ulasan
Catat Ulasan