MENGAPA NEGARA ISLAM MENJADI BISU TERHADAP PENINDASAN TERHADAP ETNIK UIGHUR DI CHINA?
Penindasan Muslim Uighur di China terus sepi dari bantahan dan tekanan dari negara-negara Islam.
Kerajaan negara-negara Islam, termasuk Malaysia, Pakistan dan Indonesia telah menghindarkan dari memperbincangkan perkara itu secara terbuka.
Dalam satu pertanyaan wartawan kepada Imran Khan yang ditanya pada bulan lepas, mengapa dia tidak mengkritik tahanan China yang didakwa menahan serta menindas secara besar-besaran golongan minoriti Muslim Uighur, Perdana Menteri Pakistan itu secara tidak sengaja tanpa berselindung berkata:
"Kita berhutang dengan China, apa yang boleh kita lakukan? "
Inilah sebab utama mengapa negara-negara Islam berdiam diri terhadap penindasan terhadap Etnik Uighur di China.
Amat menyedihkan lagi apabila Pakistan telah melangkah setapak lagi dengan mempertahankan China, dengan mengatakan laporan mengenai keadaan Muslim Uighur telah disensasikan oleh media Barat.
Kerajaan Indonesia kekal menyepikan diri sehinggalah isu ini di bawa ke persidangan Parlimen negara itu beberapa bulan yang lepas.
"Sudah tentu, kami menolak sebarang penindasan" kata Naib Presiden Indonesia, Jusuf Kalla, kepada wartawan tempatan apabila ditanya.
"Bagaimanapun, kita tidak mahu campur tangan dalam urusan domestik negara lain," katanya.
Pernyataan ini sangat berbeza dengan pendirian Indonesia mengenai isu-isu Islam yang lain seperti konflik Israel-Palestin dan nasib Rohingya etnik minoriti di Myanmar.
Bagaimanapun, Kementerian Luar Negara Indonesia kini telah menyuarakan kebimbangannya kepada duta besar China ke Indonesia, apabila kerajaan negara itu mendapat tekanan yang semakin meningkat oleh NGO islam di dalam negara tersebut.
Pakar dasar China Michael Clarke, dari Universiti Kebangsaan Australia, memberitahu wartawan ABC bahawa " Kamu sedang berhadapan kuasa ekonomi yang terkuat didunia dan ketakutan untuk menyerang balas perbuatan yang dilakukan oleh China oleh negara Islam adalah salah satu faktor perkara sebegini menimpa pada Muslim Uighur "kata Dr Clarke.
Akhirnya keadaan yang tidak diingini telah menimpa pada Muslim Uighur.
Dr Clarke berkata ekonomi China 180 kali lebih besar daripada negara seperti Myanmar, menjadikannya selamat dari menerima sebarang kritikan dari negara lain yang lebih lemah.
"Di Myanmar, anda berhadapan dengan keadaan negara yang lebih lemah dan lebih terbuka kepada tekanan dan kritikan antarabangsa," katanya.
Pelaburan dan kontrak China di Timur Tengah dan Afrika Utara dari tahun 2005 hingga tahun ini berjumlah $ 144.8 bilion. Di Malaysia dan Indonesia, ia berjumlah $ 121.6 bilion dalam tempoh yang sama, menurut pengkaji American Enterprise Institute.
Beijing telah banyak melabur dalam industri minyak dan gas milik negara di Arab Saudi dan Iraq, dan menjanjikan pelaburan berterusan di seluruh Asia, Afrika dan Timur Tengah. Oleh itu amat sukar oleh negara-negara Islam yang mempunyai keterikatan dengan China untuk bersuara dan memberi tekanan terhadap negara gergasi tersebut kerana permasalah dengan China boleh membuatkan ekonomi negara menjadi parah.
Ulasan
Catat Ulasan