POPULARITI PAKATAN HARAPAN BAKAL MENJUNAM


KUALA LUMPUR 4 Feb. - Populariti Pakatan Harapan (PH) diramalkan menurun dalam tempoh beberapa bulan akan datang, antaranya disebabkan oleh dasar-dasar yang diamalkan dan perbalahan dalam gabungan pakatan itu sendiri.

Firma penyelidikan, Fitch Solutions Macro Research turut memaklumkan risiko pembubaran PH juga semakin meningkat, meskipun kajian dijalankan itu tidak menjurus kepada perkara tersebut.

“Pandangan Fitch Solution adalah PH mengalami risiko penurunan dalam popularitinya kerana tiga sebab iaitu mungkin pengundi semakin berpendapat bahawa kerajaan tidak membantu mengurangkan kos sara hidup.

“Kedua, gabungan pakatan itu berulang kali menunjukkan perpecahan dalam kalangan mereka dan ketiga adalah kekecewaan para pengundi dengan idea bahawa kerajaan PH akan membawa Malaysia Baharu dengan kesaksamaan kaum yang lebih tinggi,” jelas firma itu menerusi kenyataan seperti dipetik dalam laporan portal Malaysiakini, hari ini. - UTUSAN ONLINE


Ulasan