JANJI PH TURUNKAN HARGA KERETA
10 FEB 2019 - Dato' Seri Najib Razak hari ini didalam laman facebook beliau menuntut kerajaan Pakatan Harapan untuk menunaikan janjinya untuk menurunkan harga kereta melalui teknik teknik ajaib yang telah dijanjikan pada PRU ke 14 yang lepas.
Sebagai kerajaan yang dikatakan beribawa dan berintegriti kerajaan harus mengotakan janji kepada rakyat agar rakyat Malaysia dapat melakukan pembelian kereta dengan harga yang murah sekaligus dapat mengurangkan bebanan kos sara hidup rakyat Malaysia.
"Betulkah di bawah ini adalah harga kereta di Malaysia tidak lama lagi?
- Perodua MyVi RM24,860
- Honda Civic RM63,150
- Toyota Camry RM71,000
Kalau beli dengan HARAPAN Coin mungkin diberi lebih diskaun?
Betulkah kerajaan PH hanya perlu potong cukai kereta sebanyak RM1.5 bilion setahun sahaja untuk membolehkan Rakyat untuk menikmati harga-harga baru kereta ini?
Bulan lepas, Menteri Kewayangan puji sendiri bahawa kutipan SST untuk 4 bulan terakhir tahun 2018 adalah RM1.4 bilion ataupun 34% lebih dari jangkaan manakala kutipan cukai terus LHDN untuk tahun 2018 naik RM14 bilion ataupun 11.13% berbanding tahun sebelumnya.
Jika propaganda mereka betul, apa kata PH menggunakan lebihan cukai dikutip untuk hapuskan cukai kereta sebanyak RM1.5 bilion seperti yang mereka kira dahulu bagi memenuhi umpan PH harga kereta lebih murah untuk Rakyat?
Kalau tak boleh kerana telah kantoi sekali lagi sebagai menipu, sekurang-kurangnya bagilah bantuan satu helai tuala Good Morning.Harapan untuk lap sedikit kebasahan?" Ujar Najib.
8 Mac 2018: Hapus GST, subsidi minyak, turun harga kereta antara manifesto HARAPAN
Ulasan
Catat Ulasan