BIARLAH GAMBAR KERJASAMA BN DAN PAS DISEMENYIH SEBAGAI BUKTI TUN M BERDUSTA


17 FEB 2019 - Tun Dr. Mahathir Mohamad hari ini mengulang kembali ucapannya didalam berita TV 3 dan di media sosial bahawa PAS tidak akan membantu UMNO dalam PRK N24 DUN Semenyih yang akan berlangsung pada 2 Mac ini. 

Kenyataan yang sama akan terus dilaungkan berulang kali sepanjang kempen PRK kali ini sehinggalah agenda untuk meracuni pemikiran pengundi berjaya dilaksanakan. Tun M nampaknya begitu gusar dan tidak senang duduk dengan kerjasama kukuh yang dijalinkan PAS-BN yang dijangkakan dapat menamatkan riwayat kekuasaan Pakatan Harapan di Dun Semenyih. Dun Semenyih merupakan satu penanda aras bagi kekuatan PH.

Sekira PH tewas ia merupakan petanda buruk bagi mereka bahawa rakyat sudah mula rasa  kecewa dengan penipuan demi penipuan terancang yang terus diamalkan. Ini sekaligus menyebabkan rakyat akan menolak PH.

Cukuplah gambar-gambar dibawah ini sebagai bukti nyata bahawa Tun M terus menipu rakyat dengan propaganda palsu bagi tujuan mengelirukan pengundi di Semenyih. Semoga Allah memberikan hidayah dan petunjuk pada beliau.

















Ulasan