PAS SERU AHLI MEMBERI UNDI PADA BN DI PRK SEMENYIH


1 FEB 2019 - Parti Islam Semalaysia (PAS) didalam Kenyataan Media Pas Pusat yang bertarikh 17 Januari 2019 telah menyatakan bahawa PAS tidak akan meletakkan calon di PRK Dun N.24 Semenyih serta akan memberikan laluan kepada wakil pembangkang iaitu Barisan Nasional yang memperolehi undi yang lebih besar pada PRU 14 yang telah lalu.

Dalam kenyataan rasmi tersebut juga menyatakan bahawa PAS mengharapkan Pilihan Raya Kecil ini akan berpihak pada wakil pembangkang serta menguatkan lagi Barisan Nasional terutama didalam Dewan Undangan Negeri di Selangor.

Selaras dengan itu PAS juga akan menggerakkan jentera pilihan raya setempat untuk membantu calon Barisan Nasional untuk menghadapi PRK ini dan menyeru semua ahlinya agar memberikan undi pada Barisan Nasional.




Ulasan

Catatan Popular