TUN M BERDUSTA DEMI POLITIK DAN MANUPULASI PERTEMUAN
KEMAMAN 16 Feb. - Kenyataan Pengerusi Pakatan Harapan (PH), Tun Dr. Mahathir Mohamad bahawa parti itu tidak akan menyokong UMNO dalam Pilihan Raya Kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (DUN) Semenyih disifatkan oleh Pas hanya bermotifkan politik bagi memanipulasi pertemuan.
Ketua Penerangan Pas, Nasrudin Hassan berkata, sebagai blok pembangkang, Pas kekal dengan pendirian menyokong calon UMNO dan perkara itu terbukti dengan kehadiran beberapa pemimpinnya ke Pusat Penamaan Calon PRK DUN Semenyih, pagi ini
Kata beliau, jika dakwaan tersebut benar, mana mungkin Setiausaha Agung Pas, Datuk Takiyuddin Hassan yang bersama-sama dengan Presiden Pas, Datuk Seri Abdul Hadi Awang di Yayasan Al-Bukhary, di ibu negara semalam hadir ke Semenyih bagi menyatakan sokongan kepada calon UMNO.
"Saya pun tidak tahu macam mana dia (Dr. Mahathir) boleh buat kenyataan begitu dalam keadaan pimpinan Pas pun tidak buat kenyataan demikian.
Jadi saya kira sama ada saya kena dapat maklumat lanjut ataupun itu hanya kenyataan politik sahaja yang lebih bersifat manipulasi pertemuan, Wallahu'alam... Tetapi saya terkejutlah dengan kenyataan dia," katanya ketika mengulas dakwaan Dr. Mahathir mengenai pengakuan secara bertulis kononnya Pas tidak akan menyokong UMNO.
Beliau berkata demikian ketika ditanya pemberita selepas program Ijtimak Siber di Dewan Berlian, Majlis Perbandaran Kemaman (MPK) di sini hari ini yang penutupannya disempurnakan oleh Abdul Hadi.
Menurut Nasrudin, selain Takiyuddin, turut hadir memberikan sokongan kepada calon UMNO termasuk Naib Presiden Pas, Idris Ahmad dan Datuk Iskandar Abdul Samad. - UTUSAN ONLINE
Ulasan
Catat Ulasan