SIMPATI NASIB NELAYAN IDRIS SERU NELAYAN SAHUT SERUAN KERAJAAN CEBURI INDUSTRI IKAN LAGA


19 FEB 2019, Melaka - Simpati dengan nasib para nelayan di negeri ini yang tidak lagi mendapat bantuan dari pihak Kerajaan Baharu, Datuk Seri Utama Ir. Haji Idris bin Haron  telah mezahirkan rasa  tersebut dilaman facebooknya semalam. Bekas Ketua Menteri Melaka itu mengesyorkan agar para nelayan negeri ini menyahut seruan kerajaan negeri untuk beralih ke penternakan ikan laga.

Ia adalah ekoran pengumuman Kerajaan Negeri Melaka yang dibuat Exco Pertanian, Pembangunan Usahawan, Industri Asas Tani dan Koperasi negeri, Norhizam Hassan Baktee kelmarin. 


Kerajaan Negeri Melaka telah bersedia untuk membantu dan menyediakan peruntukan untuk mengembangkan indusrti ikan laga dinegeri ini.

"Saya harap nelayan-nelayan di Negeri Melaka tidak mengeluh atau bermuram durja kerana banyak bantuan untuk golongan ini telah dihentikan oleh Pakatan Harapan dan mungkin nelayan boleh mula ternak ikan laga sekaligus meningkatkan taraf hidup mereka." Ujar Idris

Ulasan