PADAH UNDI PH OKU TERUS DITINDAS
Menurut kenyataan dari seorang pegawai penguatkuasaan wanita DBKL yang mengetuai operasi sita itu, pihak DBKL telah pun menerima sekitar 100 aduan dari peniaga sekitar dan mengikut undang undang Kerajaan Baru di bawah pentadbiran Pakatan Harapan mana mana buskers ataupun pemuzik jalanan yang menggunakan alat muzik seperti drum yang dikatakan punca penyumbang bunyi bising di ibu kota boleh dirampas.
Pegawai DBKL tersebut juga dikatakan berang terhadap pemuzik jalanan OKU tersebut kerana gagal membuat permit persembahan di khalayak ramai.
Menurut pemerhatian dipersekitaran kawasan persembahan pemuzik tersebut dapat dilihat kebanyakan pemilik premis bukanlah dari golongan bumiputera yang menjalankan perniagaan seperti hotel bajet, kedai runcit, menjual pakaian jenama tiruan, original dan juga rumah urut.
Sedia maklum dikawasan tersebut juga terdapat banyak juga perkhidmatan tidak bermoral yang disediakan disitu. Agak mengecewakan ia bagai ditutup sebelah mata demi untuk menjaga hati kaum bukan bumiputera.
Pihak kerajaan seharusnya memberikan jalan keluar dan membimbing para pemuzik jalanan dan bukannya mengambil tindakan kejam menyita alatan muzik yang menjadi punca pendapatan pemuda kurang upaya tersebut.
Sudah pastinya tindakan seperti ini seolah-olah tiada budi bicara dan zalim dengan tidak memikirkan bagaimanakah pemuzik tersebut ingin mencari rezeki di kemudian hari lebih-lebih lagi didalam keadaan ekonomi Malaysia yang sedang merudum. Tindakan ini juga akan membebankan pemuzik OKU tersebut untuk menebus kembali alatan muzik kepunyaan beliau.
Ulasan
Catat Ulasan