NAJIB BIMBANG KERAJAAN MANUPULASI SST SENYAP SENYAP TIBAI RAKYAT


18 FEB 2019, Kuala Lumpur - Hari ini dilaman facebook Dato' Seri Najib Razak telah menyuarakan kebimbangan akan tindakan kerajaan yang dilihat cuba memanupulasi  isu SST yang dulunya bermati-matian dipertahankan oleh Kerajaan Pakatan Harapan semasa berada di blok pembangkang. 

"Senyap-senyap tibai", itulah baris kata yang sesuai diungkapkan dengan apa yang akan dilaksanakan oleh kerajaan tidak lama lagi.

Kerajaan PH dikatakan akan memperluaskan SST terhadap beberapa sektor penting secara berperingkat yang pastinya impaknya jika dibandingkan dengan GST adalah lebih membebankan rakyat Malaysia. 



"Masa PH memperkenalkan cukai SST untuk ganti GST, kerajaan PH pernah kata SST tidak zalim seperti GST kerana jumlah barang yang dikenakan SST tidak sebanyak berberbanding di bawah GST. 

Masa itu, Menteri Kewayangan juga kata hanya pengilang sahaja yang dikenakan SST. Tetapi kini kita tahu itu tipu. Masa itu juga, seorang MP PH umumkan di dalam parlimen bahawa harga barang akan lebih murah di bawah SST. 

Kini kita tahu itu juga cerita dongeng seperti Warkah Cordoba Kekanda. Apa yang kebanyakan Rakyat tidak sedar ialah kerajaan PH sedang memperluaskan cukai SST secara berperingkat kepada lebih banyak barangan dan servis sejak diperkenalkan dengan senyap-senyap. 


Mereka Senyap-Senyap Tibai tanpa Rakyat sedar. Oleh itu, parkir di Putrajaya juga telah dikenakan SST bermula Jumaat lalu. Pada 31 Disember tahun lalu, kerajaan PH memberi hadiah tahun baru kepada rakyat. 



Yang umumkan hadiah ini bukan Menteri Kewayangan kerana ini bukan benda baik. Dia arahkan pegawai kastam untuk umumkan. Kira-kira 5,000 hingga 10,000 lagi perniagaan yang sebelum ini dikecualikan akan diarahkan untuk kutip cukai SST. 




Oleh itu dalam masa 12 hari nanti iaitu bermula 1 Mac, SST akan diperluaskan kepada 4 perkhidmatan baru iaitu perkhidmatan pengendalian taman hiburan, penyediaan pembrokeran dan penaja jaminan, pembersihan serta penyediaan latihan dan tunjuk ajar. 

Kanak-kanak yang ingin sedikit hiburan, rakyat yang basuh baju di dobi, pelabur yang nak beli saham, mereka yang ingin meningkatkan ilmu mereka di kursus latihan dan banyak lagi akan dikenakan cukai baru." Ujar Najib


Ulasan