YANG BERHORMAT PERLU DITUKAR KEPADA YANG BERKHIDMAT
6 FEB 2019 - Presiden Persatuan Kepolisan Komuniti (CP) Kuan Chee Heng didalam facebook beliau hari ini menyatakan akan kegusarannya dalam gelaran Yang Berhormat yang diberikan pada ahli-ahli politik yang gagal menyantuni rakyat marhaen.
Menurutnya Dewan Bahasa & Pustaka perlu menyemak kembali maksud YB agar dapat di tukar kepada Yang Berkhidmat agar mereka yang di undi didalam Pilihan Raya sedar akan tanggungjawab yang digalas.
"APA SANGAT YANG BERHORMAT? DEWAN BAHASA PUSTAKA PERLU UBAH DEFINISI YB. Pasal engkau jadi YB aku kena panggi Yang Berhormat. Pi lah...... Saya heran. Kita undi orang biasa lepas itu dia menang dan buat pun benda benda biasa. Ponteng dari kawasan undi. Rakyat talipon hanya dapat bercakap dengan Pembantu Khas. YB ini keramat. Tak senang nak jumpa rakyat pasal dewan manyak meeting. YB tukar kereta baru, jam baru, handphone baru........ kita nak panggil dia Yang Berhormat.
Pergi lah jauh sikit.............. yang mak dan ayah kita , atuk nenek kita, doktor kita, cikgu kita pun kita tak gelar mereka Yang Berhormat walaupun mereka lebih jauh dan lebih patut di gelar YANG BERHORMAT DAN TERHORMAT. Ini pulak kita panggil YB yang sengih sengih waktu PRK dan PRU Yang Berhormat.... yang berhormat apa apa benda..... yang tidak pun bantu rakyat kita nak panggil YANG BERHORMAT... PATUT DBP HARUS TUKAR KAN GELARAN MEREKA SEMUA KEPADA YANG BERKHIDMAT..... baru lah betul......
YB Bersileh ganti.... MEREKA TAK LAYAK DI PANGGIL YANG BERHORMAT kalau mereka hanya orang politik dan tak bantu rakyat.... kita ANAK MALAYSIA harus tukar status mereka kepada YANG BERKHIDMAT.... malu nya aku kalau aku tak kerja dan orang panggil aku YANG BERHORMAT.... MALU LAH SIKIT YANG BERHORMAT..... kau tidak layak dan belum layak di panggil Yang Berhormat.... hanya mereka yang sumbang kepada negara seperti Bomba , Polis, Askar, Doktor , Nurses, semua patut di panggil yang berhormat dan kita memang akur dan hormat mereka....
YB ..... hmmmmmmmmmmmm .... pandang dan lihat aja lah... meluat nak panggil YB lagi lagi YB hanya YB berphoto sahaja. Salam hormat dari saya. Saya tak akan guna title Yang Berhormat.... saya akan guna title YANG BEKERJA." Ujar Uncle Kentang.
Ulasan
Catat Ulasan