KENYATAAN FITNAH MENTERI AGAMA YANG MENJADI MUSIBAH PADA UMAT ISLAM


28 FEB 2019 - Datuk Seri Dr. Mujahid bin Yusof hari ini didalam kenyataannya di Harian Metro telah menyelar Dr Zakir Naik sebagai pendakwah yang suka mencaci agama lain. 

Mujahid yang juga Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama) dilihat lebih cenderung  menyuntik fahaman liberal, menyokong dan mempertahankan golongan bukan Islam sehingga menyebabkan Islam kini dipijak  oleh golongan bukan Islam.

Malang sekali beliau gagal memainkan peranan untuk memertabatkan Islam dan dilihat lebih cenderung untuk memertabatkan agenda sekutunya DAP serta menfitnah pendakwah islam bagi menghancurkan kekuatan umat Islam di Malaysia.


Petikan Kenyataan Di Harian Metro: 


“Secara peribadi saya merasakan kaedah penyampaian atau dakwah Dr Zakir tidak sesuai, di mana kita tidak perlukan kaedah perdebatan yang mencaci agama lain, sebaliknya kita lebih sesuai dengan kaedah berdialog,” katanya. 

Beliau berkata demikian pada ucaptama Seminar Kebangsaan Isu dan Cabaran dalam Hubungan Masyarakat Majmuk, anjuran Institut Kefahaman Islam Malaysia (IKIM) di Kuala Lumpur hari ini Turut hadir Ketua Pengarah IKIM, Datuk Prof Dr Azizan Baharuddin. 

Mujahid berkata, segelintir umat Islam suka merendahkan maruah agama lain dengan mengatakan Melayu itu Islam dan Islam itu Melayu, sedangkan Islam itu tidak membezakan sesiapa. Katanya, Rasulullah SAW sendiri tidak pernah mengaitkan sebarang bangsa dengan Islam. 

'Jangan sempitkan fahaman kita kerana itu hanya akan menyebabkan orang lain berasa Islam itu sempit.  “Perkembangan dakwah dalam Islam juga tidak pernah mengamalkan cara mencerca dan merendahkan maruah agama lain. “Islam tidak pernah mempraktikkan memaki hamun apatah lagi mencerca agama lain,” katanya. 

Beliau menegaskan umat Islam tidak seharusnya terhimpit dengan perkauman sempit kerana ia akan menghalang perpaduan kaum yang wujud di negara ini.
Tegas beliau, sebagai negara majmuk umat Islam seharusnya menerima perbezaan itu dengan berfikiran terbuka dan saling memahami antara satu sama lain. Katanya negara ini tidak wujud secara spontan malah ia terbina daripada pelbagai kaum, agama dan etnik. 

“Kepelbagaian ini seharusnya kita terima dengan baik dan tidak anggap ia sebagai suatu musibah atau kecelakaan sebaliknya suatu hakikat yang perlu kita tangani dengan baik sebagai rakyat. 

Kalau kita fahami susur galur itu, kita akan terheret dengan masalah lebih besar iaitu perkauman sempit yang secara langsung menunjukkan Islam itu sempit yang menjadikan kita terhimpit,” katanya. 

Mujahid berkata sebagai kerajaan baharu, peranan dimainkan tidak sekadar menjaga Islam tetapi lebih daripada itu memastikan keharmonian negara terpelihara. Beliau arif mengenai perkara berkenaan dan Malaysia baharu yang dilaungkan bermaksud tekad untuk mengembalikan keaslian kendiri masyarakat negara ini yang sebelum ini ‘dirompak’ hingga menyebabkan ia memberi implikasi tidak baik kepada masyarakat. 

“Malaysia baharu bukan bermakna kita mahu lupakan sejarah atau membuang segala peruntukan dalam perlembagaan sebaliknya memperbaharui apa yang seharusnya diperoleh rakyat. 

Rakyat boleh pilih sama ada kekalkan kehendak mengiktiraf kepelbagaian itu sebagai identiti atau biarkan perkauman sempit membelenggu minda yang nyata tidak memberi sebarang manfaat,” katanya. 



Ulasan

Catatan Popular