PEKERJA DOMESTIK FILIPINA DIHUKUM PANCUNG DI ARAB SAUDI
1 FEB 2019, Arab Saudi - Seorang pekerja domestik Filipina telah dihukum pancung di sini, menurut Jabatan Luar Negeri (DFA) negara tersebut.
Wanita berusia 39 tahun itu didapati bersalah atas sebuah kes pembunuhan dan dijatuhi hukuman mati selepas Majlis Kehakiman Tertinggi Saudi memutuskan bahawa kes itu tidak dapat diselesaikan dengan wang pampasan "wang darah" di bawah undang-undang Syariah, kata DFA. Tiada butiran terperinci yang dikemukakan oleh DFA
Wang darah adalah mekanisme undang-undang di bawah undang-undang Syariah, yang mana tertuduh membayar sejumlah wang pampasan kepada saudara-saudara mangsa.
Hukuman itu dilakukan Selasa lepas, menurut Duta Filipina ke Arab Saudi, Adnan Alonto.
Adnan berkata bahawa wanita itu telah diberikan bantuan konsular sepanjang perbicaraannya, termasuk pemberian lawatan peguam dan konsuler, dan kerajaan Filipina telah menyediakan keluarganya dengan perkembangan terkini berkenaan status kes tersebut.
Terdapat kira-kira 2.3 juta rakyat Filipina yang bekerja di luar negara, menurut statistik terkini kerajaan Filipina. Arab Saudi kekal sebagai negara pilihan sebagai destinasi utama untuk mencari rezeki bagi rakyat Filipina dengan peratusan yang tertinggi dengan seperempat dari rakyatnya yang bekerja di Negara Teluk bekerja di Arab Saudi.
Ini bukan kali pertama kerajaan Arab Saudi melaksanakan hukuman pancung bagi pekerja asing. Pada tahun 2015, dua orang pembantu rumah Indonesia telah dihukum pancung dalam masa seminggu walaupun mendapat bantahan dari Jakarta.
Ulasan
Catat Ulasan