HUKUM MEROSAK HARGA PASARAN
Soalan
Apakah hukum menjual barang dengan harga yang murah namun merosak harga pasaran sedangkan harga pasaran jauh lebih tinggi?
Jawapan
Ditinjau dari asal muasal permasalahan ini dan apa yang digambarkan, manusia dibolehkan untuk berbeza dalam penetapan harga. Namun bila saya atau si Zaid dari salah seorang peniaga yang telah memurahkan harga jualan dengan maksud untuk membahayakan pesaingnya yang lain, maka di sini kita berkata bahawa hal tersebut adalah haram.
Kerana dia telah menyelisihi dengan dalil yang telah tsabit lagi sahih dari Rasulullah shallallahu alaihi wasallam bahawa beliau bersabda :
لاَ ضَرَرَ وَلاَ ضِرَارَ
“Tidak boleh membahayakan diri sendiri, dan tidak boleh membahayakan orang lain.”
Sekiranya (yang merosakkan harga pasaran) dia mengerjakannya dengan maksud ini (memudharatkan orang lain) maka itu adalah haram.
Namun kalau dia melakukannya dan tidak mempunyai maksud tertentu, dia hanya ingin untuk menghabiskan barangan yang ada di gudangnya kerana ingin menutup perniagaan sebagai contoh maka terkadang orang yang seperti ini terpaksa untuk menurunkan harga barangannya sehingga barangnya laku kemudian dia menutup (kedainya).
Kita tidak berkata di sini bahawa dia telah melakukan suatu hal yang diharamkan, bahkan kemudharatan terhadap orang lain tidak terjadi.
Apabila dia membahayakan orang yang lain, maka jadilah hal tersebut sebagai perkara yang haram.
Asy-Syaikh Abdullah Al Bukhari
Ulamak Madinah
(Majalah An Nashihah Volume 9 – 1426 H/2005M)
Ulasan
Catat Ulasan