MAUT MENERPA KETIKA DI PUNCAK GUA MUSANG


16 FEB 2019, Gua Musang - Hasrat penjual burger untuk mendaki puncak Gua Musang mengundang maut. Zulkifli Jusoh, 48 yang menetap di Jalan Pulai, Bandar Lama dikatakan rebah dan pitam ketika mendaki menuju kepuncak Gua Musang. 

Mangsa dan rakan-rakannya memulakan pendakian  gua batu kapur yang popular sebagai destinasi pendakian pilihan mereka yang minat dengan sukan lasak ini pada sekitar jam 5 petang. Operasi menurunkan mangsa yang di jalankan oleh skuad Bomba dan Penyelamat di gua batu kapur yang berketinggian 300 meter ini telah mengambil masa selama 3 jam, Jelas Ketua Balai Bomba Dan Penyelamat Gua Musang.

Menurut salah seorang rakan mangsa, dalam pukul 6.15 petang ketika berada di puncak mangsa tiba-tiba jatuh dan terus pitam tidak sedarkan diri. Mereka terus menghubungi pihak bomba bagi memohon bantuan,” katanya di sini hari ini. 

Anuar Abas berkata, pihaknya menerima panggilan kecemasan pada pukul 6.21 petang dan seramai 20 anggota telah digerakkan dalam operasi. Katanya, selain bomba, operasi itu turut mendapat bantuan daripada 10 anggota polis, seorang pegawai perubatan dan lima penduduk kampung. 

Mangsa telah cuba diselamatkan dengan mela­kukan bantuan pernafasan atau cardiopulmonary resuscitation (CPR). Namun, pegawai perubatan yang hadir telah mengesahkan bahawa mangsa telah meninggal dunia. 

Mangsa berjaya diturunkan pada pukul 10.48 malam sebelum diserahkan kepada pihak polis, katanya. Sementara itu, bapa mangsa, Jusoh Che Muda, 73, berkata, dia terkejut selepas dimaklumkan kejadian yang menimpa anaknya. 

Katanya, anaknya yang masih bujang itu juga tidak mempunyai sebarang penyakit. "Saya terkejut dan terus datang ke hospital selepas dimaklumkan tentang anak sulung daripada tiga beradik ini. Saya sudah lama tidak berjumpa dengannya dan kali terakhir berjumpa pada Hari Raya Aidilfitri tahun lalu,” katanya.   


Ulasan