YB RIMAS KERAP TERIMA MESEJ LUCAH KERANA TERLALU HOT


MELAKA - Siapa yang tidak mengenali YB Norhizam Hassan Baktee yang baru baru ini telah tular akan kehebatan beliau yang berjaya menumpaskan 3 ekor babi hutan yang berkeliaran disekitar bandar Melaka. Beliau juga yang memegang portfolio sebagai ADUN Pengkalan Batu (DAP) merangkap EXCO Pertanian, Pembangunan Usahawan dan Industri Asas Tani Negeri Melaka.

Baru-baru ini wakil rakyat yang berusia 52 tahun ini telah melahirkan rasa rimas beliau kerana seringkali mendapat mesej lucah dari nombor yang tidak dikenali. Kebanyakan yang menghantar mesej tersebut adalah golongan wanita.

Mungkin sahaja kerana populariti dan ketampanan wakil rakyat ini membuatkan beliau menjadi sasaran wanita misteri di negeri ini. Lebih lebih lagi dengan gaya rambutnya yang trendy seakan-akan gaya pemain bola sepak terkemuka Christiana Ronaldo.


“Ada wanita yang tidak dikenali yang bertanya jika saya mahu melihat mereka dalam keadaan bogel! Saya juga ada terima gambar dan video lucah,” kata Pengerusi Jawatankuasa Pertanian, Pembangunan Keusahawanan dan Agro itu.

Bapa kepada dua cahaya mata itu mengambil jalan membalas mesej yang diterima dengan sopan santun, sambil menjelaskan beliau telah berkahwin dan bukan lagi muda untuk berfoya-foya. Beliau juga yang sangat jujur dan setia dengan isterinya juga telah memaklumkan kepada isterinya akan mesej yang merimaskan itu untuk mengelakkan salah faham berlaku.


Ulasan