PESAWAT TERHEMPAS 5 ORANG TERBUNUH


5 FEB 2019 California - Sebuah pesawat ringan terhempas ke kawasan kejiranan di Selatan California pada hari Ahad, membunuh lima orang dan mencederakan dua yang lain, kata anggota bomba.

Juruterbang dan empat penghuni rumah di Yorba Linda, kira-kira 35 kilometer tenggara Los Angeles, terbunuh, kata LT Cory Martino dari Orange County Sheriff. Dua mangsa yang lain dibawa ke hospital dengan kecederaan yang sederhana, katanya.


Pentadbiran Penerbangan Persekutuan berkata, enjin berkembar Cessna 414A terhempas di Yorba Linda sejurus selepas berlepas dari Lapangan Terbang Perbandaran Fullerton. Jurucakap FAA hanya berkata seorang juruterbang berada di kapal terbang.

Balai bomba menerima panggilan mengenai kemalangan tersebut pada jam 2 petang. Mereka menemui serpihan pesawat di belakang kediaman itu, Penolong Ketua Pokey Sanchez berkata pada sidang akhbar siang hari. Kira-kira 75 anggota berada di tempat kejadian dua jam kemudian, kata Sanchez,  pencarian serpihan pesawat dan mangsa di kawasan yang terlibat dalam kejadian itu di teruskan pada petang sehingga pagi isnin.

Seorang anggota bomba juga mengalami kecederaan dan dimasukkan ke hospital, kata Sanchez. Imej juga menunjukkan serpihan kipas dan serpihan badan pesawat yang bertaburandi seberang jalan masuk dan seorang lelaki sedang meadamkan objek terbakar yang berada di atas  jalanraya dengan hos kebun.- THE STRAITS TIMES



Ulasan