BN UMUM CALON BERPENGALAMAN DAN BERKELULUSAN UNTUK PRK SEMENYIH
HULU LANGAT 14 Feb. - Barisan Nasional (BN) mencalonkan pemimpin masyarakat, Zakaria Hanafi, 58, sebagai calon mewakili parti itu dalam Pilihan Raya Kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (DUN) Semenyih.
Perkara tersebut diumumkan Timbalan Pengerusi BN, Datuk Seri Mohamad Hasan pada majlis di Bilik Gerakan BN, di Plaza Dato' Mohd. Said, Semenyih, di sini hari ini.
Jelas Mohamad yang juga Timbalan Presiden UMNO, pemilihan Zakaria adalah berdasarkan kriteria calon yang ditampilkan mestilah anak tempatan dan mesra rakyat.
"Kita telah menerima enam pencalonan daripada UMNO Bahagian Hulu Langat, semuanya baik-baik tetapi kita pilih yang paling baik.
Calon bagi DUN tak memerlukan sijil berjela-jela, tetapi orang yang sentiasa boleh bersama rakyat. Selepas penilaian dan pertimbangan, kami memilih Zakaria yang diharap dapat membawa suara rakyat ke DUN Selangor," katanya.
Ulasan
Catat Ulasan