ZAMAN TERKEJUT KINI CHRISTINA LIEW TERKEJUT BERSATU MASUK SABAH


KUALA LUMPUR 17 Feb 2019 - Zaman pemerintahan kerajaan baharu Pakatan Harapan para pemimpin kelihatan dilihat sering mengalami sindrom terkejut . 

Terbaru Pengerusi Pakatan Harapan Sabah, Datuk Christina Liew berasa terkejut dengan langkah Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) yang disahkan oleh Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad  bahawa PPBM akan melebarkan sayapnya di Sabah.

Mengenang janji Pengerusi Bersatu itu Christina berasa sangat hairan akan tindakan Tun M. Tun M dikatakan telah berjanji memberi laluan kepada Parti Warisan Sabah dan memberi jaminan tidak akan memasuki sabah untuk meluaskan pengaruh dan empayar parti itu.

“Saya terkejut dengan tindakan ini kerana Bersatu sudah bersetuju untuk tidak memasuki negeri ini seperti termaktub dalam Perjanjian Pilihan Raya dengan Parti Warisan Sabah (Warisan) dan parti komponen lain iaitu PKR serta DAP.

Pembangunan di Sabah juga berada di landasan yang betul di bawah kerajaan yang dipimpin parti Warisan, malah, ramai rakyat negeri ini gembira dengan kepemimpinan Ketua Menteri, Datuk Seri Mohd Shafie Apdal,” ujar beliau yang dipetik dalam portal The Star Online hari ini.

Keputusan melengkapkan tiga lagi parti Pakatan Harapan (PH) sedia ada di negeri itu dicapai selepas Dr. Mahathir membuat pengumuman berkenaan keputusan itu bagi mengambil kira keperluan rakyat Sabah yang ingin menyertai Bersatu selain Warisan.

Walau bagaimanapun kesepakatan yang telah dicapai pada PRU ke 14 kelihatan seperti telah dinodai oleh Tun M bahawa Warisan sebagai parti komponen PH yang bertanggungjawab sepenuhnya untuk memastikan sokongan rakyat Sabah diberikan kepada PH.

Sebelum ini, Mohd. Shafie dalam kenyataannya beberapa kali berharap agar Tun M mengotakan janji susulan terdapat khabar angin yang bertiup yang mengatakan Bersatu akan  melebarkan sayapnya ke negeri ini dan bakal disertai beberapa bekas wakil rakyat dari UMNO.  

Kini khabar angin seolah menjadi realiti selepas Tun M mengesahkan keputusan Bersatu untuk memasuki bumi dibawah bayu itu.


Ulasan

Catatan Popular