NAJIB KECEWA KERAJAAN PH MENINDAS USAHAWAN MUDA


16 FEB 2019 - Hari ini Dato' Seri Najib Razak melahirkan rasa kecewa bersulam marah kepada kerajaan Pakatan Harapan di laman facebooknya. Kerajaan Baharu PH dikatakan terus memberi tekanan kepada usahawan muda dengan menaikkan harga sewa tapak perniagaan dengan harga yang tidak masuk akal. 

Difahamkan bekas Perdana Menteri Malaysia itu telah singgah di TAPAK Jalan Ampang bersama anak lelaki beliau Ashman untuk makan malam.

"Saya difahamkan sewa tapak untuk usahawan food truck berniaga telah meningkat hampir 70 peratus bawah Kerajaan PH. Ada yang sewa mereka hanya RM16,000 sebulan yang dikongsi bersama tetapi kini meningkat kepada RM27,000 sebulan. 

Mengapa? Adakah ini #YouthPower? Atau mereka ditekan dan diketepikan kerana bukan #KroniPower? Saya difahamkan ini berlaku kerana Kementerian atau agensi yang bertanggungjawab telah mengalami kekurangan peruntukan. 

Maka cara mereka menutup kekurangan ini adalah dengan memaksa usahawan muda membayar lebih. Jika sewa yang dikenakan kerajaan naik, sudah tentu kos operasi food truck meningkat yang mengakibatkan harga makanan lebih mahal.

Akhirnya, pembeli pula terpaksa menanggungnya. Keputusan lain boleh u-turn, yang ini takkan tak boleh. Kalau kita dahulu mengalakkan anak muda menjadi usahawan dan membuka peluang perniagaan, kerajaan PH hari ini menggagalkan mereka." Ujar Najib

Kerajaan PH sekali lagi dilihat gagal menunaikan janji-janji PRU ke 14 untuk membantu usahawan muda untuk terus maju dan berdaya saing. Namun amat mengecewakan kerana hakikat yang terpaksa ditelan walaupun pahit, ramai usahawan Melayu terus ditekan dan ditindas tanpa pembelaan sewajarnya dari pihak Kerajaan.


Ulasan

Catatan Popular