DETIK SEJARAH MESYUARAT PEMUDA UMNO PAS
SEMENYIH - Pemuda Umno dan Pas hari ini menubuhkan jawatankuasa khas bagi memperhalusi gerak kerja bersama.
Ketua Pemuda Umno, Datuk Dr Asyraf Wajdi Dusuki berkata, jawatankuasa itu nanti akan memainkan peranan bagi menyelaras kerjasama kedua-dua parti dalam menjayakan beberapa perkara.
"Hari Ini adalah mesyuarat secara rasmi kali pertama, yang kita bersetuju dalam beberapa perkara dasar berkenaan dengan kerjasama yang perlu kita pertingkatkan utamanya dalam merealisasikan hasrat kepimpinan tertinggi yang mahu perkukuhkan blok pembangkang dalam berhadapan dengan kerajaan PH.
la demi rakyat yang dambakan kerjasama, dalam mesyuarat tadi peringkat Pemuda Umno Pas kita bersetuju untuk wujudkan pasukan khas antara Pemuda Pas Umno , serta Berjasa dan lkatan yang akan memperincikan dari segi program gerak kerja bersama sebagai pembangkang untuk kita perkukuhkan kerjasama dalam tangani pelbagai isu yang berkepentingan rakyat," katanya dalam sidang media bersama Pemuda Pas-Umno di bilik Gerakan BN di sini, hari ini.
Yang turut sama dalam sidang media berkenaan Ketua Pemuda Pas Muhammad Khalil Abdul Hadi, Ketua Pemuda lkatan, Mohd Sharir Adnan , Ketua Pemuda Berjasa, lqbal Hakim Abdul Razak.
Menyifatkan mesyuarat kali ini sebagai mencipta sejarah , Asyraf berkata Pemuda pembangkang berjaya mencapai beberapa kata sepakat.
"Kami berbincang bukan sahaja kerjasama untuk PRK DUN Semenyih tetapi ini merupakan mesyuarat bersejarah.
Kerana had ini kita lihat terlalu banyak penipuan demi penipuan isu-isu semacam tidak dihiraukan PH setelah berkuasa yang perlu di tangani dan diperjuangkan oleh barisan pemuda secara berani dan konsisten supaya kita boleh menjadi suara rakyat yang sentiasa mendengar denyut nadi rakyat bagi kita menzahirkan apa jua keresahan diperingkat bawah terhadap kerajaan PH ini," katanya lagi.
Sementara itu menyentuh mengenai kerjasama dalam PRK DUN Semenyih kali ini, Asyraf berkata mereka akan meneruskan momentum kerjasama sebagaimana pada PRK Cameron Highlands lalu.
"Kami telah sepakat untuk teruskan kerja yang cukup baik di Cameron Highlands bukan sekadar hanya beraksi pentas ceramah tapi kita akan menyelaras gerak kerja ini sehingga peringkat jentera.
Jentera akan kerja secara bersama di semua Pusat Daerah Mengundi (PDM) seluruh DUN Semenyih dan kita akan semarakkan pelbagai program dekati anak muda kerana anak muda di Semenyih ini dad segi demografi pelbagai, tadi disepakati juga keperluan untuk kita gerakan gerak kerja media massa dan sosial kerana kita akan lebih banyak program ceramah forum bersama," katanya lagi.
- SINAR HARIAN
Ulasan
Catat Ulasan