KETUA PAS MATI LEMAS SELAMAT CUCU


PADANG TERAP: Ketua PAS Cawangan Kampung Tanjung, Ramli Ibrahim, 65, lemas ketika berusaha menyelamatkan dua cucunya dan seorang rakan mereka di sungai Rumah Pam Bukit Sena petang semalam. 

Allahyarham lemas akibat dibawa arus deras ketika cuba menyelamatkannya mangsa. Mangsa kesemuanya perempuan berusia 14 dan 16 tahun. Adun Pedu, Mohd Radzi Mohd Amin berkata, Allahyarham bersama keluarga berkelah di tepi sungai berkenaan sebelum kejadian. 

Katanya, dua cucunya dan rakan mereka lemas akibat dibawa arus deras ketika sedang mandi. "Arwah yang cuba menyelamatkan mereka juga terkorban sama. Semoga ahli keluarganya bersabar menerima ujian tersebut," kata beliau di sini. 

Mayat mangsa dijumpai antara jam 4 hingga 6 petang di lokasi tidak jauh daripada tempat kejadian. Jenazah Ramli dan cucunya dikebumikan pada jam 12 tengah malam di Tanah Perkuburan Masjid Jamil-Ul Khair, Tong Pelu. 

“Saya merakam ucapan takziah kepada isteri serta ahli keluarga,” ujarnya. Adun Kuala Nerang dan beberapa pemimpin PAS Padang Terap turut berada di lokasi kejadian. - HARAKAHDAILY 8/2/2019  


Ulasan