PH UMUM JURUTERA MUDA CALON PRK SEMENYIH

Timbalan Presiden Pakatan Harapan, Tan Sri Muhyiddin Yassin mengangkat tangan Muhamad Aiman Zainali (tengah) yang diumumkan sebagai calon Pakatan Harapan pada majlis pengumuman calon bagi Pilihan Raya Kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (DUN) Semenyih, hari ini. Turut hadir ialah Timbalan Presiden Parti Keadlian Rakyat (PKR), Datuk Seri Mohamed Azmin Ali (kiri).

KUALA LUMPUR 14 Feb. - Pakatan Harapan (PH) mengumumkan jurutera muda, Muhammad Aiman Zainali sebagai calon mereka untuk Pilihan Raya Kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (DUN) Semenyih. 

Muhammad Aiman,30, merupakan menantu kepada penyandang DUN Semenyih, Allahyarham Bakhtiar Mohd. Nor.

Beliau merupakan lulusan Ijazah Sarjana Muda Kejuruteraan Elektrik, Universiti Teknologi Mara (UiTM) dengan pencapaian kelas pertama.


Beliau merupakan lulusan Ijazah Sarjana Muda Kejuruteraan Elektrik, Universiti Teknologi Mara (UiTM) dengan pencapaian kelas pertama. 

Anak tempatan Semenyih itu juga merupakan Bendahari Parti Pribumi Bersatu Malaysia Bahagian Hulu Langat. 

Pengumuman calon PH itu dilakukan oleh Timbalan Presiden PH, Tan Sri Muhyiddin Yassin dalam satu majlis di Taman Pelangi Semenyih, dekat sini hari ini. - UTUSAN ONLINE  


Ulasan

Catatan Popular