NAJIB TIADA KAITAN KES BUNUH 5 INDIVIDU NETIZEN MOHON MAAF


23 FEB 2019 - Dato' Seri Najib Razak dilaman facebooknya semalam telah menzahirkan ucapan syukur kerana fitnah oleh DAP dan sekutunya didalam Pakatan Harapan yang melemparkan tuduhan fitnah kepada beliau berkenaan pembunuhan 5 individu tersebut semakin terungkai.

"Alhamdulillah. Kebenaran akhirnya muncul, Sumber polis di bawah kerajaan PH mendedahkan bahawa tidak ada sebarang bukti yang boleh mengaitkan saya dengan kes-kes pembunuhan berprofil tinggi yang PH sering tuduh saya sebagai pembunuh. 

Oleh itu, tidak ada sebarang kes dibuka oleh pihak polis. Bukan main lamanya. Sepuluh tahun, saya telah difitnah oleh PH dengan propaganda mereka yang licik, terancang dan meluas sehingga ramai telah terpedaya. Selama ini saya hanya mampu bersabar sahaja kerana saya tahu satu hari nanti, Allah akan menunjukkan kebenaran.dengan caraNya. " Ujar Najib.

Semalam didalam artikel yang diterbitkan oleh Malaysia Kini telah melaporkan :

'Sumber polis memaklumkan bahawa polis setakat ini tidak mempunyai sebarang bukti yang mengaitkan bekas perdana menteri Najib Razak dengan beberapa kes pembunuhan berprofil tinggi.

Ahad lalu, Najib dalam kenyataan di Facebook mempersoalkan alasan kerajaan Pakatan Harapan (PH) yang masih tidak membuka semua siasatan ke atasnya berhubung kes berkenaan. 

Najib bertegas untuk disiasat atas semua tuduhan pembunuhan selepas mendakwa bahawa sejak 10 tahun lalu, jentera propaganda DAP menuduh beliau membunh Altantuya Shaariibuu, Kevin Morais, Hussan Najadi, Teoh Beng Hock dan Ahmad Sarbani. Oktober tahun lalu, pembantu Najib membuat laporan polis agar siasatan dibuka semula. 

Bagaimanapun, Ketua Polis Sentul S Shanmugamoorthy Chinniah berkata tiada apa-apa yang boleh disiasat dari laporan polis berkenaan dan menyifatkan ia sebagai isu awam. 

Sumber memberitahu Malaysiakini bahawa sekiranya terdapat bukti yang mengaitkan bekas presiden Umno itu, polis akan menyiasat Najib meski tiada laporan polis dibuat. 

"Tiada kertas siasatan dibuka mengaitkan Najib. Dan tidak perlu buat laporan polis untuk siasat beliau. Jika ada perkembangan baru yang mengaitkannya dengan sebarang kes, kita akan siasat meski tiada laporan polis. 

"Mana-mana pihak yang mempunyai maklumat, sila tampil," katanya. Richard Morais yang merupakan adik lelaki Kevin Morais, sebelum ini menggesa orang ramai berhenti mengaitkan Najib dengan pembunuhan abangnya. 

"Kita sembahyang punya orang. Takkan nak sokong barang yang tak betul. Ini kebenaran. Dia (Najib) tidak terlibat sama sekali, saya boleh jamin. "Bukan nak cakap saya sokong dia, masalahnya kes bunuh ni tak ada kena mengena dengan dia," katanya kepada Malaysiakini.'

Rujuk :

Rentetan dari kenyataan tersebut rata-rata netizen berasa bersalah kerana terlalu mempercayai fitnah jahat PH dan meminta maaf kepada Najib.







#dahmintamaafkebelum?

Ulasan

Catatan Popular