NGO ISLAM DAN PAS ZAHIRKAN KEMARAHAN PADA INDIVIDU HINA RASULULLAH


KEMAMAN: Lajnah Dakwah dan Pembelaan Insan Dewan Pemuda PAS Kawasan Kemaman bersama lima NGO telah membuat laporan polis terhadap pemilik akaun facebook yang menghina Nabi Muhammad S.A.W dan Islam. 

NGO yang terlibat adalah Persatuan Usrah Tarbawi Kemaman (PUTK), Pertubuhan Cakna Anak Yatim Kemaman (CAKNA), Pertubuhan Khalifah Semalaysia, Persatuan Kebajikan Islam dan Dakwah Islamiah Malaysia (PEKIDA) dan Pertubuhan Persaudaraan Seni Silat Melayu Pantai Timur (PERSIMA). 

Laporan dibuat terhadap tiga pemilik akaun facebook iaitu Foo Sing Wai dan Sarkar Tanesan yang menghina Nabi Muhammad S.A.W serta Michelle Nathaniel kerana menghina pemakaian purdah cara Islam di Balai Polis Kemaman, di sini jam 10 malam tadi. 

Mewakili Dewan Pemuda PAS Kemaman, Ahmad Dasuki Mohd Tahir berkata, mengaitkan Nabi S.A.W dengan pedofilia dan Islam sebagai agama seks serta menghina pemakaian purdah adalah satu perbuatan yang melampau. "Budaya menghina Islam sejak kebelakangan ini kian menular dan ia perlu dicegah," katanya. 

Zulkifli Mamat, 49, mewakili NGO menyeru agar pihak berkuasa mengenakan tindakan tegas kepada mereka yang berkenaan bagi mengelak berlakunya ketegangan antara kaum. Seramai 500 orang bersolidariti membantah penghinaan tersebut yang dibuat terhadap Islam dan Nabi S.A.W. Turut hadir, Timbalan Ketua Dewan Pemuda PAS Kawasan Kemaman, Ustaz Syed Syahrunuddin Syed Mohd Shah. - HARAKAHDAILY 20/2/2019  





Ulasan

Catatan Popular