KUNGFU HUSTLE 2 KINI DALAM PERANCANGAN

Stephen Chow mengumumkan bahawa filem 'Kung Fu Hustle 2' kini sedang dalam proses perancangan

KUALA LUMPUR: Pelakon, pengarah dan penulis skrip Stephen Chow mengumumkan bahawa sekuel filem popular tahun 2004, Kung Fu Hustle, kini dalam perancangan.

Memetik laporan portal berita CNA Lifestyle, beliau mendedahkan perkara demikian ketika ditemu bual oleh pemberita semasa mempromosi filem baharu beliau yang berjudul The New King of Comedy.



Sebelum ini, khabar angin pengambaran filem Kung Fu Hustle 2 pernah diuar-uarkan pada tahun 2005 tetapi ia dikatakan ditangguh kerana pengambaran filem bergenre Sci-fi CJ17, Journey to The West dan filem fantasi, The Mermaid.

Ia berikutan pertanyaan peminat-peminatnya di Guangzhou, Chow juga memberitahu bahawa filem itu akan menjalani penggambaran di luar negara.

"Lokasi penggambarannya bukan di sini (China), ia akan dijalankan di luar negara," tambah Chow.



Malah, Chow juga memberitahu bahawa sekuel filem itu akan memaparkan penceritaan pada zaman moden dan akan mempunyai jalan cerita yang agak sama seperti Kung Fu Hustle asal.

Ketika ditanya sama ada Chow akan turut berlakon dalam filem itu, dia menyoalkan kembali pertanyaan tersebut, "Bolehkah saya? Apa pendapat kamu?"

ASTRO AWANI


Ulasan

Catatan Popular